Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 22 February 2014

10 tahun

10 tahun yang terbuang
Tak mungkin aku terkejarkan
Di kala semua di sini, aku di sana
Di kala mereka bergelak tawa, aku menahan air mata

10 tahun yang hilang
Jangan kau persoalkan apa yang kurang
Di antara kita sedia ada jurang
Jurang yang mungkin takkan hilang
Untuk tahun2 yang mendatang

10 tahun
Aku tak kata salah kau
Aku tak kata aku tak salah
Jangan pandai mengata jika tak tahu cerita

10 tahun
Bukan mudah bagi aku
Kawan adalah keluarga
Guru adalah ibu bapa

10 tahun
Kau tak faham rasa yang aku alami
Kau tak pernah rasa dipinggiri
Kau tak nampak usaha aku

10 tahun da berlalu
Untuk tahun yang ke 11, aku harap kau cuba faham aku
Macam mana aku cuba kurangkan jurang yang lalu

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance