Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 8 January 2014

Speed Trap

Aku kena saman oiii. First time kena saman sebab laju, selama 5 tahun aku bawa 110km/j dekat tempat 60km/j idok pulak kena saman. Ni aku bawa 78km/j je kat tempat 60km/j. Panas je hati. Sebab tak rock. Nak kena saman biar alang2 aku bawah 120km/j terus. Cissss!

Mula2 gaduh dengan Ayah siapa yang drive time tu kah kah kah. Knowing my dad, kat jalan biasa tak pernah lebih 80km/j. Ayah memang suka bersiar-siar haha. Aku tahu time tu mesti aku yang drive, tapi saja suka nak gaduh-gaduh dulu haha.

Ayah aku bawa kereta memang la sangat berhemah, lepas kitorang accident back in 1997. Kadang2 tu nak je aku suruh dia berhenti tepi, aku take over. Menikmati pandangan ke apa aku tak tahu. Sebab tu kalau pergi mana2, dia jarang lepas aku drive sorang, dia kata aku bawa laju. So dia suruh mak teman, supaya mak boleh tegur 'Nadia, slow sikit'. Aku pun slow kan la, tapi sekejap je la haha.

Aku ni jenis orang nak cepat semua benda. Bawa kereta pun nak cepat je sampai. Runsing duduk dalam kereta lama2. Sekali, ha padan muka kena saman. Saman bontot pulak tu, kalau dari depan mesti abang polis maafkan aku sebab nampak muka aku hahaha okbai.

Kadang2 aku tak faham sistem jalan kat Malaysia ni. Jalan 2 lane, straight pulak tu, suruh bawa 60km/j. Akai mana akai? Haha. Baik tak payah buat 2 lane. Litar Subang tu jalan bersimpang siur lek je bawa 180km/j haha.

Kadang2 kita kejar masa, jalan pun kebetulan lengang, speed la sikit hehe. Tapi tu la, kalau semua bagi alasan, dan diterima, polis tak payah buat buku saman la! Tak boleh la nak rolling balik duit pasang AES! Haha.

Da la Nadia, ambil pedoman. Ikut undang2. Kau ni nama je ambil undang2, tapi tak pernah nak ikut, rebel je kerjanya!

Buhbye!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance