Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 15 January 2014

Pengaruh drama kepada pemikiran anak2

Tudiaa. Da lama tak update tiba2 nak bebel pasal anak. Da la tak kahwin lagi. Tudiaaa Nadia ni suka tunjuk hebat hahaha.

Walaupun aku belum kahwin dan tidak mempunyai anak, aku rasa aku perlu tegur hal ni setelah aku perhatikan cousins aku yang belum mumayiz yang membaca pun tersekat-sekat lagi, da ada hormon gatal macam perempuan baru period.

Dan ini merisaukan. Semuanya aku tengok berpunca dari cerita TV. Dan ini lebih cenderung ke anak2 perempuan. 

Sekarang ni boleh dikatakan 24jam ada drama cinta Melayu yang tangkap leleh. Ariana Rose, Bukan Aku Tak Cinta, Projek Memikat Suami bla bla bla typical drama Melayu yang kahwin paksa, benci jadi cinta, bluerghhh.

Mak2 nak tengok, silakan, perempuan gatai baru nak up nak tengok, silakan, nenek nak tengok, silakan, perempuan2 yang da tahu beza baik buruk nak tengok, silakan. Tapi tolong jangan tengok depan budak2 tadika, budak2 sekolah rendah.

Mak ayah perlu pantau benda ni aku rasa. Kalau nak tengok sangat tapi anak2 ada, tengok je la sorang2. Sekarang tonton online ada. Mustahil la kita nak tengok tapi kurung anak2 dlam bilik sebab tak nak bagi tengok.

Ada cousin aku baru 5 tahun, sanggup tu makan depan TV sebab nak tengok cerita ulangan sekarang dekat TV3, pukul 1 tengah hari, tak ingat aku tajuk dia. Lepas tu ada cousin laki tukar channel cartoon, nangis2 siap terajang suruh bukak balik TV3. 

Aku tengok cousin aku yang laki memang tak minat cerita2 cinta ni, hidup dorang kalau tak bergusti, mesti tengok cartoon. Aku lagi rela dorang tengok cartoon, boleh aku join sekali hahaha. Hari tu aku tengok TV sorang2, tengok Upin Ipin, makcik2 aku semua gelakkan aku -_-. Okay la tengok cartoon dari tengok cerita yang merosakkan fikiran!

Ada sorang cousin aku, darjah 1, siap boleh cakap
Anne bayangkan Anne pakaiakan Abang Harraz tie sambil pegang tangan.
Anne ada suka sorang budak ni dekat sekolah nama Afiq. Hari tu sempat cakap2 dengan dia sekejap, berdebar-debar Anne rasa.
Can you imagine 7 years old girl boleh cakap macam ni. Oi dulu aku darjah 1 aku tak tahu pun ada beza laki perempuan, aku tak tahu pun perempuan boleh suka dekat lelaki. 

Hari tu cousin aku darjah 3 sakit bahagian breast. Mak dia risau la, bawa pergi jumpa doctor. Doctor gelakkan je, sambil cakap 'Anak you da nak jadi anak dara. Hormon budak2 sekarang cepat berbanding budak2 zaman dulu, mungkin faktor sekeliling'. Baru masuk darjah 3 oi, aku dulu darjah 6 baru nak ada pun -_-

Sungguh merisaukan kalau takde kawalan dari mak ayah. Tak hairan la budak2 sekarang baru darjah 6 da update status FB pasal cinta semua tu, ada yang siap ugut nak bunuh diri. Astaghfirullah.

Benda ni kadang2 kita tak nampak impact dia dekat budak2 baru nak besar. Pemikiran dorang yang suci memang boleh diracuni dengan cerita2 macam ni. Kadang2 kita anggap benda tu lawak bila anak yang umur 5 tahun da pandai bab2 cinta walaupun pada hakikatnya mungkin dorang tak faham sebenarnya apa itu cinta.

Jangan biarkan dorang ingat cinta tu hanya pegang tangan, cium pipi, gaduh2 manja, sebab dari benda kecil macam ni la boleh terjebak benda yang lagi teruk. Ingat syaitan ada di mana2. Kalau dibiarkan, jangan terkejut anak kau darjah 3 da declare couple dengan anak jiran kau yang darjah 5.

Nak salahkan production TV pun tak boleh, dorang cari makan, da memang Malaysian suka cerita geli2 macam tu. So sebagai orang yang da tahu baik buruk, kita ambil inisiatif sendiri.

Da la tu, da macam 3 Ustazah da ni haha. Aku tegur melalui apa yang aku rasa tak elok dalam persekitaran anak2, walaupun aku tak ada anak lagi, tapi aku sangat dekat dengan budak2. Aku sendiri tak selesa tengok bila dorang taknak berkejaran dekat luar sebab nak tengok Ariana Rose!

Wallahualam.

Semoga satu hari nanti aku dapat jadi Ibu yang terbaik dalam mendidik akhlak anak2 aku. Aameen :)

6 comments:

  1. dulu darjah satu main kejar2 dgn bdk laki, cikgu ugut nak kawenkan tapi tak paham kenapa nak kena kawen dgn bdk laki ahaha

    ReplyDelete
  2. haha naive kan kita dulu. innocent jeee haha

    ReplyDelete
  3. yes..agree with u..
    drama melayu skrg tipikal..syg jd benci,,kawen paksa jd suka akhirnye,,hero mesti handsome,heroin cantik,,
    tu la yg bdk2 dok tgk hari2.jln cerita yg sama..tajuk je berbeza
    ###ye w/p umur sy dh 28 sy masih layan lg kartoon..

    ReplyDelete
  4. ya Allah tak sangka ada gang hehe.*sep sikit*

    cartoon cool kan, da la funny. tom & jerry, oggy & cockroaches are among my favourites :D

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat dengan apa yang dinyatakan...saya pun tak paham la apa yang menarik sangat dengan drama tv yang dicedok dari novel2 nie..just treat them as pure entertainment cukupla..it does not reflect dunia sebenar and it is our job the adults kena pantau budak2 sekarang nie..do not neglect our responsibilities and set limit to everything that our childrens' activities..kalau tak buruk padah and there's no turning back..

    ReplyDelete
  6. yess. the movies sometimes too cliche and nonsense. tak faham jugak kenapa some kids boleh suka cerita2 mcm tu instead of cartoons, sebab kita yg tua ni pun naik menyampah tgk kan.

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance