Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 27 January 2014

My weekend

Sekarang ni kalau ada benda nak cerita pun on weekend je. Kalau weekdays rutin harian aku sama je rotate 5 hari tu. Bangun pagi pergi kerja, balik kerja, main badminton,tengok tv,lipat baju, tidur zzzzz. Bosan hidup aku on weekdays.

Sabtu lepas aku kerja jugak half day. Tolong attend client Abang Man, sebab dia MC. Pukul 1 aku pergi kenduri kahwin Raihana. Classmate aku time upper form. Buat tepi kolam renang uolsss, elak aku dengan Eyda nak buat persembahan renang berirama je, nasib baik lupa bawa swimming suit :p

Akhirnya Reyna bertemu jodoh dia. Aku tau sikit2 la pasal dorang ni, mula2 kata da putus, sekali terus kahwin, panjang jodoh, Alhamdulillah :) Kawan2 yang datang ada la dalam 20 orang, yang jauh ramai tak datang, ada hal lain kot. Cikgu Ali pun datang, cikgu ni memang rajin datang kenduri kahwin anak2 murid dia. Yang tak boleh bla, dia boleh lagi ingat nama sorang2, siap nama ayah dia ingat, kuat betul memori beliau. Dengan Ili lagi lawak, mula2 dia ingat nama ayah Ili je tak ingat nama Ili haha.

Setiap kali terserempak dengan Cikgu Ali, mesti teringat memori lama dengan dia. Memori aku dengan dia bab ponteng je haha. Ponteng assembly dengan ponteng pergi surau. Kantoi ponteng assembly siap dia panggil nama penuh Nurul Nadiah Ahmad Roslan. Kah kah kah. Kantoi bodoh betul. Cikgu Ali ni lagi satu dia ada ilmu apa aku tak tahu, dia boleh tahu kita period ke tak, so kalau ponteng surau nak tipu kata period tu, tak payah la, ngaku je la sambil sengih2 haha. No wonder la dia boleh ingat nama kitorang sampai sekarang, sebab selalu kantoi :P

Muka2 kantoi ponteng assembly dengan ponteng surau haha. Fazlina tak dapat datang ayah dia tak berapa sihat. Moga ayah Fazlina cepat sihat, Aameen. Marzihah pun tak dapat datang jumpa suami dekat Miri, orang da kahwin kan hehe. Mira dekat Muar, tak dapat datang jugak sebab takde siapa datang dari sana.

Cikgu Ali pakai kopiah putih gambar atas kiri. Yang lain batchmates aku. Menyampah dengan budak laki, dari sekolah konon malu2, da sampai nak kahwin da masing2 still malu2 lagi. Padahal tak tahu malu, konon je tu haha

Kenduri kahwin selalu jadi mini reunion kitorang. Ada yang aku tak jumpa dari SPM lagi, kat kenduri la jumpa balik. Cepatttt, siapa pulak nak kahwin ni. Haha.

Selamat Pengantin Baru Raihana & Suami
Semoga bahagia hingga ke akhirnya
Semoga dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah

Petang pulak Maksu buat hari jadi Haziq yang ke-2. Maksu buat nasi beriani. Yummyyyy!

Happy Birthday Haziq/adik/kojiq yang gedik, nakal dan manja
Moga jadi anak yang soleh
Da 2 tahun ni belajar tolerate please, jangan nak jerit je kalau tak dapat haha
Ayong loves you so much!

Pagi semalam, tak tahu hantu apa rasuk aku, aku bawa adik2 dengan Fakhri & Fatini pergi jogging dekat Bukit Chandan. Aku ni bangsa malas jogging, aku suka main badminton macam tu je kalau nak beriadah pun. Tapi seronok jugak jogging di pagi yang hening, syahdu je, cuaca pun nyaman je.

Kitorang keluar dari rumah pukul 7.30 pagi. Da jogging 2-3 round, exercise sikit, bawa budak2 tu main taman. Dekat taman ada orang buat aerobic dengan taici. Amboi macik2 aerobic bukan main pakai baju ketat seluar ketat lepas tu tudiaa lenggok pungkoq selagi mahu haha. Aku rasa aerobic ni lagi sesuai buat as indoor activity kot, dalam studio yang ada cermin besaq baq hang. Semalam ramai kot pakcik2 tua ternganga tepi benteng tengok lenggok macik2 tu. Dari belakang bukan nampak muka tua ke tak :P

Tapi semalam ada sorang pakcik ni, aku syak da pencen umur dia, dia jogging tanpa henti siap turun naik tangga. Perghh respect. Aku pun pancit oi haha.

ni sebelum jogging

ni selepas. Pukul 9.30 kitorang balik pergi makan capati dekat mamak. Hek hek hek

Weekend tak semestinya kena duduk rumah je berehat, spend time with family and friends are something worth to do on weekend. 

Tak sabarnya nak weekend balik :P

Buhbye.



No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance