Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 20 January 2014

Long Weekend

I love long weekend, siapa tak suka ye dak? Bangun pagi tadi bencinta sangat rasa, rasa nak ambil MC hahaha. Walaupun cuti ari Jumaat tapi tetap tak puas plus aku pun demam, selsema, sakit tekak, diarrhea. Ni pun badan weak je, sebab tu ada ura2 nak ambil MC hari ni keke.

Dalam hidung aku kan ada polyps, lagi la seksa kalau selsema, tak bernafas sampai sakit dada. Selepas berbulan aku TERbuang nasal spray tu, Sabtu lepas ayah singgah farmasi belikan walaupun tak sama dengan yang doktor pakar bagi, tapi membantu jugak la. Aku bukan taknak operation, tapi benda tu da operation akan tumbuh balik. Buat rugi duit je haha. So kita kawal je la dengan nasal spray, dia tak mengecutkan tapi elak dari membesar.

Takpelah, semua penyakit kan kifarah dosa. Banyaknya dosa T___T.

Duduk rumah adalah satu nikmat. Walaupun aku terbaring je, at least boleh baring, dari duduk je kat office haha. Tengok TV pun tak, semalam je tengok Masterchef sikit2. Jumaat petang makcik aku belanja Pizza, sedap juga Pizza baru tu, banyak cheese. Yummmyyy. Ada dua benda aku tak suka bau, tapi aku suka makan; cempedak & cheese. Tapi sejak ada polyps dalam hidung, deria bau and rasa aku menjunam sikit, walaupun da buang nanti, tak tentu deria aku akan kembali ke sedia kala. Sobsss.

Sabtu pergi makan Satay dengan Pecal dengan Laksa dengan Pulasan dengan Kuih Telinga Indu dekat Changkat Jering. Mana kau tak diarrhea. Sakit2 pun melantak macam jin!

Hari Jumaat aku terjumpa gambar ni dekat FB


3 hari aku runsing memikirkan apa salah suami dia sampai kena troll kaw-kaw punya kat FB haha. Aku siap gigih baca komen2 nak tahu apa salah suami dia. Kalau ikutkan arahan, betul la apa suami dia buat. Kalau aku dapat arahan macam tu pun aku buat benda yang sama. Memang la aku tak pernah kupas kentang macam tu,jadahnya haha. Tapi kalau dapat arahan macam tu, aku pun maybe buat benda yang sama. Kau memang betul bendul Nadia!

Semalam baru aku dapat jawapan. Lega rasanya. Aku rasa penggunaan bahasa isteri dia yang salah, so maknanya bukan salah suami. Sepatutnya isteri dia cakap 'Keluarkan kentang dari plastik tu separuh, tolong kupas dan rebus ya'. Baru betul kan? Tu la, penggunaan bahasa tu penting ye adik2.

Baru aku perasan, betul la selama ni orang cakap aku blur, straight forward punya orang, lurus bendul kadang2. 

Haha Nadia, Nadia. 

Tapi kalau yang ni, sah bingai! hahaha


Lelaki yang tak biasa bagi buat kerja rumah, sekali buat memang boleh jadi bahan gelak. Ayah aku sekali masak tudiaaa dapur rupa baru lepas masak kenduri jemputan 500 orang, padahal nak bagi makan 5 beranak je haha.

Ok la, nak sambung buat kerja. Buhbye!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance