Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 29 January 2014

Labuhkan tudung tutup dada, labuhkan baju tutup punggung

Aku ni rebel orangnya. Kasar. Tapi hati aku lembut (kah kah kah). Dulu aku boyish, sampai sekarang pun. Ayu? Jauh sekali. Sopan? Tengah develop sikit2 hehe. Tapi aku tak pernah kurang hajar especially dengan orang yang lagi tua. Cara percakapan aku memang kasar, kalau aku cakap dengan mak ayah pun macam tu. Kadang2 bila aku cakap on phone dengan mak ayah, orang ingat aku tengah sembang dengan kawan2. Mak ayah da faham aku, yela dorang yang besarkan aku.

Aku start pakai tudung masa masuk MRSM. Kau ingat aku nak ke pakai tudung? Rambut aku dulu tak pernah cecah bahu, sebulan sekali aku pergi trim, cina kedai tu pun da kenal aku. Dulu, aku tak faham kenapa aku kena pakai tudung, rambut boleh mengairahkan ke? Aku da serupa jantan, takde siapa nak ghairah eh haha.

Aku selesa dengan rambut pendek, seluar pendek. Tapi walaupun aku kasar, aku jarang melawan mak ayah. Ayah suruh aku pakai tudung. Aku pakai. Lagipun orang sekeliling aku semua pakai, makcik2 aku siap pakai tudung labuh lagi. Tapi aku tak faham significant nya. Aku pernah merungut, kenapa kena pakai tudung, nak solat semua susah nak cabut pakai tudung. Jadi laki kan senang.

Pakai tudung sebab terpaksa. Memang pendek la tudung aku, pakai selempang je, memang tak reti tutup dada. Tak rasa apa pun pakai macam tu, tak rasa berdosa, sebab orang sekeliling aku 80% macam tu. Cuma aku tak pernah pakai tudung dengan baju lengan pendek, buruk please. Tapi dengan baju ketat biasa je.

Tahun demi tahun aku hidup, banyak dosa aku buat. Aku tak sedar. Sampai satu hari, aku dapat kekecewaan. Perlahan-lahan aku cari Tuhan. Perlahan-lahan aku cari apa tujuan Allah letakkan aku di dunia sebagai manusia, bukan sebagai haiwan. Sendiri aku daki, nak cari jawapan yang pasti.

Aku tak ada guru. Aku nak bertanya tak mahu, malu. Aku bukak youtube, tengok ceramah ustaz2 tersohor negara dan luar negara. Islam itu universal. Aku baca artikel2 agama, yang sah isi kandungnya. Aku bincang hal agama dengan kawan2, tegur mana yang salah, cari apa yang tak tahu. Perlahan-lahan aku dapat jawapan. Rujukan utama mestilah al-Quran.

Selama ni agama yang aku belajar hanya untuk dicoretkan atas paper exam. Sadis. Sedih.

Perlahan-lahan aku labuhkan mana yang patut. Labuhkan tudung, labuhkan baju, longgarkan baju. Kau ingat senang? Mula-mula tu nak istiqomah punya la payah, tambah2 kalau nak cepat, rasa nak hayun je tudung ke belakang, tak payah pin2. Hijrah senang, istiqomah yang payah. Keh keh keh. Mula2 ada jugak kawan2 yang ejek2 panggil ustazah, lantakkan. Dalam dunia ni, kita kena berani jadi lain dari yang lain, kalau yang lain itu benar.

But you know what, amazingly, I feel really secure bila labuhkan tudung, bila tutup punggung. Rasa safe sangat, rasa terpelihara dari mata2 yang jahat. Alhamdulillah. Betul lah benda ni kadang2 mulanya kerna terpaksa, lama2 terbiasa dan ikhlas pun ada. Sekarang ni kalau aku pakai tudung singkat tak tutup dada, aku rasa macam aku telanjang.

Betul lah, aurat itu untuk pelihara maruah. Aku tak kata aku perfect sekarang, tapi pelan-pelan la kita berubah. Banyak lagi lompangnya aku ni. 

Sekarang mungkin kita pakai tudung bidang 45 je, mana tahu lepas ni pakai tudung bidang 60 pulak. Ye dak? Sama2 usaha dan berdoa :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance