Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 22 January 2014

Kenaikan harga barang

Sekarang ni banyak harga barang naik. Kadang2 rasa macam tak logik dengan kuantiti yang diterima. Yang kerajaan umumkan naik, beberapa jenis barang je, tapi benda ni effect keseluruhan benda, sebab ianya berkait.

Contoh, harga minyak naik. Udang galah jadi sekilo RM32, sebelum ni RM28/kilo.

'Eh banyaknya naik bang'.

'Yela dik, minyak naik, udang ni bukan datang pasar ni berenang lalu Sungai Perak depan ni, kami ambil sendiri, duit minyak lagi dik, kalau harga lama, tak pulang la modal kami' 

Amboi abang, perli. Tapi ye tak ye kan. Logik. 

Tapi ada peniaga yang melampau ambil kesempatan. Gula naik ikut kiraan kilo, tapi peniaga kedai naikkan harga minuman ikut kiraan cawan. Contoh gula naik dari RM2.50-RM2.80. Teh tarik naik dari RM1.50-RM1.80. Kau letak sekilo gula apa dalam secawan teh tarik? Tak logik.

Barang naik, peniaga masih boleh hidup. Tapi orang yang bergaji tetap, yang tiada kenaikan gaji, yang rasa kesakitannya, yang tersepit. Nak taknak kena beli jugak, sebab itu keperluan. Ayah aku gaji tak lebih 5k, anak 3, isteri sorang housewife, pun termengah nak survive sebulan. Bunyi melampau kan? Tapi tu la kenyataan. Macam mana yang gaji 2k, anak 5, yang semua tengah membesar.

Macam family aku, aku da ada elaun sikit2, boleh la tampung diri sendiri, adik aku belajar dapat PTPTN, tinggal adik yang form 4 je mak ayah tanggung sepenuhnya lagi. Aku terfikir yang pendapatan 2k sebulan, anak kecil2 lagi, mana yang sekolah, mana nak beli pampers, beli susu bla bla bla.

Selalunya yang cakap suruh berjimat, cari kerja sampingan ni mesti yang memang takde masalah duit, yang tak rasa apa yang orang bawah rasa. Nak berjimat macam mana kalau duit yang ada memang cukup2 je untuk beli barang asas rumah. Takkan nak suruh back to zaman Jepun makan ubi kayu?

Nak kerja sampingan macam mana, balik kerja da pukul 5, orang nak berehat jugak, orang ada anak2 jugak nak dilayan, ada isteri nak dimanjakan. Kalau 24jam kerja, nanti keluarga entah ke mana, kesihatan diri entah ke mana, duit entah ke mana.

Tapi itulah, rezeki itu milik Tuhan kan. Walaupun pendapatan sikit, janji berkat dan halal, insyaAllah cukup nak hidup. Yang kaya makin kaya, yang sederhana tersepit, yang miskin makin miskin. Tapi selama Allah ada, inshaAllah semua akan cukup.

Kadang2 rezeki datang dari sumber yang tak disangka-sangka. Da hujung bulan duit tinggal sepoi2 bahasa je (haha takde kena mengena peribahasa), makan pun bercatu, tiba2 ada orang ajak nak belanja dinner la, lunch la. Alhamdulillah. 

Jangan putus harapan dengan Allah. Sebab tu kita kena banyak bersedekah. Sebab Allah akan panjangkan rezeki kita. Memang part of our duit tu sebenarnya ada rezeki untuk orang lain. Kalau kira betul2, apa yang kau belanjakan setiap bulan akan melebihi duit pendapatan sebulan. Mana datang duit tu? Kadang2 kita tak sedar pun.

Ini semua rahmat Allah. InshaAllah.

2 comments:

  1. sy yg bujang ni pon takot nk memikir mase depan dgn hrga barang yg makin hari makin naik.tp gaji tk pulak naik2.
    gaji tk smapai 2k.skrg bujang boleh la hidup dgn gaji byk tu.
    bygkan if dh ade keluarga,anak2.

    ReplyDelete
  2. betul tu. yg duduk kt KL, Penang semua tu lg la high living cost.
    Moga Allah permudahkan

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance