Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 23 January 2014

Budak2 mana pandai menipu

Haziq Jufri & Farah Arissa

My cousins, baru nak masuk 2 tahun, beza umur dorang sebulan je. Dulu mak aku yang jaga abang2 and kakak2 dorang, tapi sekarang mak aku da retired, nak kan kebebasan haha. 

Dorang duduk dengan jiran sebelah rumah, Cik Ija. Cik Ija ni memang da macam family, family kitorang da kenal dekat 30tahun ++ ada. Memang takde sangsi langsung nak bagi jaga budak2 ni. Memang dia manjakan pun, layankan kerenah dua budak gedik ni. Suami dia pulak petang2 bawa dua orang ni naik motor. Anak2 dorang da besar, so memang manja habis la 2 orang ni duduk sana.

Tengah hari semalam, tengah Mak Ida (umi Arissa) dengan Maksu (umi Haziq) masak, tiba2 Arissa datang dapur. 'Umi, nak acik (nasi)'. Budak kerenteng ni memang kuat makan, tengok rambut la haha. Mak Ida tanya 'Tadi dekat rumah Cik Ija, Cik Ija tak bagi makan nasi ke?' Saja tanya, nak tengok akal jawab apa, sebab memang tahu dorang sure la makan nasi tengah hari. Dia jawab 'Tak' sambil geleng2 kepala, kerut2 muka, macam sesal sangat la tak dibagi makan lagi haha.

Lepas tu Maksu saja tanya Haziq pulak, betul ke tak makan nasi lagi. Jawapan Haziq lagi power 'Icut (biskut) pun tak agi' Haha. After lunch hantar balik dorang dekat Cik Ija, saja cerita kat Cik Ija yang dorang ngadu tak makan nasi lagi. Punya gelak Cik Ija sebab dorang siap makan nasi dengan sotong. -_-'' Budak2 sekarang memang tak boleh percaya da, fitnah. Hahahaha. Tak tahan tu, kononnya bukan je tak bagi nasi, biskut pun tak bagi. Haha padahal baru 2 tahun tu, pandai buat cerita.

Malam semalam, saja tanya Arissa

Caa, Cik Ija cubit Caa tak?Bittt (cubit), macam biasa siap mimik muka
Cik Ija cubit kat mana?Ngann (tangan), siap tunjuk
Caa nangis tak?Tak, kit je (sikit je)

Hahahhaha sumpah drama. Cik Ija tu punya lemah lembut orangnya, bertudung labuh, kalau tampar pun kat kaki, slow je. Ummi2 dorang lagi garang dengan dorang ni. Amboi2 mentang2 Cik Ija tu lemah lembut, korang buli yeee. 

Budak2 mana pandai menipu memang da tak boleh pakai sekarang haha. Tapi dua orang ni la permata hati sekarang. Haziq tu manja, lagi manja dari Arissa. Dorang cakap dia klon aku. Tapi dia memang baik dengan aku pun. Kadang2 aku balik kerja, dia lari dapat aku peluk kaki aku sambil panggil Ayongggg. Ahhh syurga, hilang penat rasa. Bila la nak ada anak sendiri ni? EH? haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance