Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 9 January 2014

Bawa Mulut

Aku ngantuk gila ni oi. Lunch tadi termakan banyak pulak, nak jalan pun rasa nak mengesot. Ni kalau orang suruh pilih nak kahwin ke nak tidur, aku pilih tidur wakaka. So marilah kita merepek kat sini untuk hilangkan mengantuk. Kerja banyak je, tapi cukupla dari pagi tadi aku buat kerja, nak rehat kejap :P

Aku selalu mengalami situasi yang aku jadi orang tengah. Bukan nak jodohkan orang pulak, tak kuasa aku. Jadi orang tengah tanpa rela. Maksudnya, A kutuk B dekat aku, B kutuk A dekat aku. Aku yang mendengar ni tak tahu nak percaya siapa. Lepas tu A tanya aku, ada tak B kutuk dia kat aku.

Off course la aku cakap takde. Mak pesan, kalau kita dalam situasi macam ni, jangan jadi batu api, jangan panjangkan cerita, jangan bawa mulut. Dengar dan diam.

Aku ni makin tua makin pendiam *uhuk uhuk uhuk*. Aku malas nak campur hal hidup orang lain. Aku concern dengan hidup orang2 yang aku sayang je, tu pun aku tak paksa dorang cerita masalah dorang kalau dorang taknak.

Aku ni jenis tak ambil part sangat, lantak korang la nak cakap apa pun. Aku susah nak percaya orang. So kalau orang kutuk2 orang lain kat aku, aku diam je and choose not to believe sampai la kena kat diri aku sendiri. Tapi aku berhati-hati la dengan semua orang.

Korang nak cakap belakang pasal aku pun cakap la, tak effect aku pun seposen pun. Yang peliknya sekarang, kenapa mengantuk aku tak hilang2 lagi oi? Dengar peribahasa 'bagai orang mengantuk disorongkan bantal pun boleh buat aku makin mengantuk.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance