Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 19 December 2013

Tahniah Hafiz!

Hari ni result PMR keluar. Adik bongsu aku ambil PMR tahun ni, the only son in my family. Kau tahu lah lelaki perangai rupa apa kan. Rupa hantu! Haha. Pemalas gila. Malam sebelum PMR siap main gitar, nak selak2 buku memang bukan dia la.

Malam sebelum PMR. Pendengar setia dia tu si Arissa tu


Time sekolah, mak aku cek buku dia, banyak tanda merah sebab tak siap kerja sekolah. Time pergi ambil report card cikgu mengadu dia nakal (Tu semua orang tahu). Kena paksa pergi tusyen, kadang2 datang angin monsun dia, mampus dia taknak bangun pergi tusyen.

BB dia kena sita dengan mak, dia main laptop. Laptop ayah ambil, dia main gitar. Banyak jugak lagu dia boleh main, semua belajar dari YouTube je. Mak bebel suruh dia bukak buku dekat rumah, dia jawab 'Buat apa pergi sekolah kalau kena belajar dekat rumah?' Rasa nak hempuk tak?

Gaya dia memang takde macam nak ambil PMR la senang cerita. Kitorang pun tak expect dia akan bagi result gempak. Dulu time aku dengan Nadzirah PMR mak tak janji nak bagi apa2 pun kalau dapat straight A. Dengan Hafiz, kalau dia dapat 5A je pun mak da janji habuan untuk dia. Nampak sangat mak pun tak berapa yakin dengan dia haha. Trial pun 1A je haha.

Debar jugak aku nak tunggu result dia. Tadi mak called, bagitau dia dapat 5A 3B. Ya Allah sumpah tak sangka! Haha. Bajet dia dapat 3A je. Lega la jugak dia dapat 5A, bangga pun ada sebab kitorang 1 family memang tahu dia banyak main.

Tapi tu la, laki ni lain kan. Dorang cepat pick-up, study sekali lalu pun boleh masuk da. Dulu ingat lagi aku ada sorang kawan laki suka gila tidur dalam kelas, cikgu suruh diri, dia boleh tidur berdiri! Hoi lagi mangkok perangai dia. Sekali result SPM dia sama dengan aku! Pffft! Haha

Btw, tahniah Hafiz. Mak ayah tu cukup bangga kamu dapat 5A. B pun Sejarah, KH, English. Ok la tu. Tapi KH dapat B boleh dikategorikan hamput jugak la. KH pejam mata pun boleh buat oi! Haha apada. Tapi tak pe. Usaha untuk SPM pulak.

Nak hadiah, claim lagi 2 tahun! Haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance