Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 12 December 2013

Tahniah Beron!

02.12.2013. Akhirnya aku grad with honours and pride. Perasaan da grad? Entah tak rasa apa pun haha. Ikutkan aku malas nak pergi majlis konvo, aku tak suka majlis2 macam tu. Tapi fikirkan aku anak sulung, aku pergi for the sake of my family. Even adik2 aku tak dapat datang, I'm pretty sure that they're proud to have me as a elder sister ;) Haha perasan. Aku pergi sebab nak jumpa kawan2 jugak, tu paling best, sebab lepas ni entah bila boleh jumpa lagi.

My convocation day went well. Skroll dianugerahkan oleh Tun Fairuz, mantan Ketua Hakim Negara. Budak Law naik pentas habis kena interview dengan dia. Tapi sampai turn aku dia just cakap tahniah. Syukur. Time tu muka aku ketat gila sebab tak tahan nak pergi toilet. Oi sejuk gila dewan tu hari tu haha. Aku tak tahu macam mana rupa aku dalam gambar. Patutla Tun Fairuz macam takut2 je nak hand over skroll aku haha.

Lepas konvo, aku tangkap gambar kejap je, (semua pun guna camera kawan2) then terus pulang jubah and balik ke Perak sebab ayah da tunggu dalam kereta, dia demam. Sian ayah :( Malam sebelum tu dia tak boleh tidur, then 630pagi da gerak ke UUM. 

Aku manusia yang tak kisah ada gambar kenangan ke tak, sebabnya memori yang best, kemas terpahat dalam hati. Aceyyyyyy.

Aku pun da ngantuk gila time tu, tapi aku drive jugak sebab takkan nak bagi ayah drive. Ayah tidur kat belakang, aku drive la 120km/h (kalau ayah sedar jangan harap, paling laju pun aku boleh bawa 100km/h je) sebab aku da terdengar sayup2 katil kat rumah menyeru nama aku haha. Sampai rumah dalam 6 lebih, aku terus tidur dengan baju2 kurung, sempat bukak tudung je. Tuhan je tau betapa penatnya aku time tu, betapa seksanya aku tahan mengantuk time drive. *over*


Takde pun gambar dengan ayah. Takpe la ayah pun tak suka sangat bergambar hewhewhew

Apa2 pun, Nadia tak tahu macam mana nak ucap Terima Kasih kat Mak Ayah sebab berjaya didik Nadia sampai sekarang. 
Mak Ayah bukan degree holder pun, tapi ilmu Mak Ayah pasal hidup cukup sangat sampai boleh besarkan kami adik beradik cukup kasih sayang, keperluan, pegangan agama, which yang kadang2 Parents with PhD can't do that.
Your parental skill is beyond awesome, I wish I can be a parent like you one day.
Mak Ayah tahu Nadia nakal, malas belajar, kadang2 ponteng kelas (Mak Ayah tak tahu Nadia pernah kena panggil dengan lecturer sebab tak datang kelas haha). I'm sorry for being stubborn. Tanpa doa, support, duit Mak Ayah, tak tentu sekarang Nadia duduk kat mana Nadia duduk sekarang.

Alhamdulillah.
Beyond all, Allah is my greatest helper.
Thank you Allah.
Please repay my parents, coz I can't give enough.

Terima kasih kawan2. Yang banyak buat kerja lagho sama2. Yang tolong cover kan attendance haha. Yang tolong belajar sama2 last minute. Yang bila belajar last minute pun tak serius. Yang bila takde duit dengan riak masuk Secret Recipe lepas tu gelak2. Terima kasih untuk sentiasa ada.

I love you all, Lillahi Ta'ala.
May Allah bless our life and shower us with love and happiness.

The End


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance