Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 18 December 2013

Restoran Shabu-shabu, Ipoh

Sabtu lepas, aku dengan family pergi makan2 kat Shabu2. Dengar nama restoran macam lalok je haha. Opah belanja kitorang wakaka, patutnya kitorang yang belanja Opah.

Kitorang sampai sebelum Maghrib, solat kat sana sebab ada surau. Lagipun nak berebut makanan haha dasar gelojoh. Shabu2 ni konsep dia macam Seoul Garden, tapi far more murah, sangat berbaloi, makanan semua sedap. Antara kau larat nak mengulang dengan tak je.  

Makanan dia tak usah cakap la banyak dia. Kau cakap je nak apa, just name it. Semua yang halal je eh. Nasi lemak, lamb green curry, muffin, kuih muih, bihun mee kotiau mee sanggul. Untuk steamboat pun banyak gila choices, ketam biru aku ulang 3x kot haha. Marvelous gila la. Tomyam dia pun sodap podass, sup dia biasa2 je.

Satay pun ada, daging bakar pun ada, daging kambing pun hadooo. Ayam goreng, dim sum pun ada tak salah aku, kalau bukan dim sum, pau haha. Sos dan segala dip pun ada dekat 8 jenis. Air panas, ais kacang, air sejuk, hape kau nak, kau cari je mesti jumpa. Buah-buahan pun ado. Cupcake dia pun sedap. Gila la, semua sedap la aku rasa.

Bayaran untuk dewasa RM30, berbaloi la berbanding Seuol Garden yang mahal gila tu plus makanan tak sedap langsung sampai aku kena food poisoning sampai 5 hari kurang 2kg haha.

Kitorang duduk sana 2 jam je, tu pun da senak kekenyangan. Kalau siapa yang pemakan memang berbaloi pergi, hang duduk la sana dari pukul 6 sampai 11/12malam tak silap dia close, makan je la apa yang nak. Walaupun aku makan amount tak sampai RM30, tapi still aku rasa worth it pergi sana.

Location dia sebelah Impiana Hotel (formerly known as Casuarina  Hotel).

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance