Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 13 December 2013

Maksu's Wedding Day. Congrats!

Jumaat-Nikah
Sabtu-Bride's reception
Ahad-Groom's reception
same old..same old haha
Tengok je la gambar bawah ni.

Maksu's Nikah Day

cousins. Cousins aku majority perempuan. Aku yang sulung. Yang lain tak cukup umur lagi. Haippp. Haha. Tak suka betul aku baju boria ni, tapi da orang suruh, aku akur huhu

Wanita2 kesyangan En. Ahmad Roslan. Hiks

Sakit hati tak kucing pun baju sama dengan cucu2? Nama penuh Baby Adriana. Nama panggilan Baby. Pfft haha. Siapa2 ada kucing jantan, pm aku, boleh kita jodohkan, buat majlis gempak gempita

Malam bukak hadiah. Maafkan aku yang selekeh

Pihak lelaki. Ramai tegur aku warna warni hari tu kah kah kah. Ni baju konvo aku sebenarnya.

Biasala kenduri kahwin kan, aku cucu sulung pulaks tu, apa2 lepas tu aku yang kena target.

'Ayong, kamu bila?'
'Nadia, bila lagi?'
'Ha lepas ni kamu la pulak kan'

Semua aku jawab dengan konfiden 'lagi 2 tahun'. Bakal laki takde lagi dalam hidup takpe, konfiden tu yang perlu ada haha.

Ayah pun ada hint2 'Nanti kalau kita buat majlis, ayah nak pasang lagu2 P. Ramlee'. Amboi beliau, tolong berangan on behalf betul. But P.Ramlee? Seriously Ayah? Nadia baru fikir nak pasang lagu Maroon 5 ke, Linkin Park ke, Nickelback ke muahaha.

Kahwin *ketuk2 pen kat meja*. Kahwin hmmmm. *sambung ketuk* Kahwin yeee *baling pen ke dinding* Haha Psycho!

Siapa taknak kahwin ye dak?  Aku nak, siapa cakap aku taknak? Tapi aku takut haha. Marriage is a combo set come together with commitments and responsibilities. Tu yang ceq takut tu. Mampu ke aku? I'm only 23rd now, soon to reach 24th birthday. Macam da tua, tapi jiwa kanak2 tu ada lagi haha.

Kawan2 ramai dah kahwin, jealous memang takdo, yang ado hanyalah rasa 'Takpe la, korang kahwin la dulu'

Kadang2 aku berangan pasal hidup. 

Eh nanti nak beli kereta Ford Fiesta la, takpun Kia Rio, tak pun Mazda2, kena tengok macam mana maintenance dia spare part bagai.

Eh nanti nak beli tanah, nak bina rumah, paling tak pun beli rumah corner lot, rumah nak setingkat je, nak yang simple, kalau ada rezeki lebih nanti nak panggil kontraktor gali lubang buat swimming pool.

Kalau da ada duit sendiri nanti. hari jadi mak nanti nak hadiahkan dia peti ais la, hari jadi ayah nak belikan TV plasma 42', syok sikit dia tengok cerita tamil haha. Annivesary dorang nanti bagi tiket honeymoon pergi Umrah ke. Ameen.

Tengah2 berangan, tiba2 aku terdiam kejap, dan soal diri aku 'kenapa kahwin tak termasuk dalam list berangan aku? Aku ni taknak kahwin ke apa? Rasanya nak'. Haha. Then baru aku realise, kahwin is not my priority for now, kalau datang aku terima, kalau takde pun aku redha, inshaAllah. Lagipun sebab aku muda lagi kot (perasan je), so aku tak terfikir ke arah tu lagi, sekarang yang penting Mak Ayah, kita happy kan dulu :)

So jangan la pressure aku dengan sialan, eh sialan pulak, soalan2 yang aku takde jawapannya. Sabar. Relaks. Kerja korang tunggu kad kahwin je, tak payah sibuk2. Aku tunggu sign dari Allah. Da ada green light nanti, aku uruskan semua tok kadi, catering semua, korang tinggal nak datang and bagi hadiah je hahaha.

Kepada Maksu dan Paksu
Selamat Pengantin Baru
Semoga bahagia hingga ke syurga

2 comments:

  1. marriage is all about commitment. 120% commitment..

    ReplyDelete
  2. really? I thought 200%. what a relief :P

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance