Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 5 December 2013

Hot Spring, Lost World of Tambun

Jumaat lepas, Cha datang tidur rumah aku, dia sampai Ipoh by ETS pukul 1.30ptg. Then gelabah baru nak pergi bayar convocation fee, padahal hari Sabtu da kena ambil jubah. Dasar suka buat kerja last minute haha.

Then kitorang pergi makan Nasi Vanggey dekat Greentown, minah tu la, makin kontroversi makin dia nak cuba haha. Tapi yang kena sita hari tu yang kat Pekan Lama, yang kitorang pergi confirm suci ngeh ngeh ngeh. Sedap jugak nasi vanggey, just nasi dia kembang sikit, I dont like, tapi mak cakap memang nasi dorang macam tu, sebab nak sebatikan dengan kari.

On the way nak balik, tiba2 rasa nak ajak Cha pergi Hotspring kat Lost World tu. Bukak malam je, start pukul 6petang (kata malam) sampai pukul 11 malam. Kitorang sampai pukul 8.30 gitu. 9.45 da kuar kolam. Fee untuk adult, RM18.

Aku ni tak suka sangat mandi air panas, tak feel. Tapi mandi time malam2, sejuk2 pulak, sedap jugak. Ada kolam yang sedap, air dia suam2 badan baru nak demam je, ada kolam amboi air mengelegak macam baru lepas masak. Seriau tengok, acah acah celup kaki je hehe.

Feeling jugak lepak situ malam2, sambil bersandar kat tebing, cerita masalah negara. Kalau ada jus siap payung kecik dalam gelas seksi, lagi feeling aku rasa haha.

Nak buat parti liar pun molek sangat kat situ bahahha. Sebab suasana memang gelap. Ada kolam air, berwap-wap pulak, dengan dorang pasang lampu disko nya. Nasib baik iman aku ada lagi hahaha.


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance