Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 28 December 2013

Bayangan Rindu

Perghh tak agak2 tajuk. Lama tak update tiba2 terus bayangan rindu, memang pergh kau ni! Haha. Korang pernah tengok tak cerita bayangan rindu? Ha dia da start da, da start da. Aku baru tau kewujudan cerita ni dari satu blog yang aku baca. Tengok dia review macam best!

Memang best weh! Tambah2 aku tengah PMS kan, jiwa perempuan memang tengah deep dalam sanubari aku haha. Tengok pulak suami2 orang pujaan hati yang berlakon, lagi la laju je nak tengok. Gila kau Beto dengan Zahiril Adzim berlakon aku tak tengok. Gila kau. Haha

Dorang ni takde la handsome mana, tapi karisma dorang tudiaaa boleh tembus tv macam ju-on tu (aku tak pernah tengok pun Ju-on, aku dengar orang cerita je haha).

Aku da lama gila tak tengok tv. Lifeless betei rasanya. Kadang² TV pun bosan, tambah2 astro tu, lagi la 24 jam ulang cerita yang sama (tapi kau langgan jugak) ppffft! So tiba2 dapat tengok cerita jiwang sekali sekala masyuk jugak haha.

Meh aku bagi sinopsis sikit cerita Bayangan Rindu ni.

Nad Zainal bercinta dengan Zahiril Adzim (ZA). Then ZA pergi Istanbul tak tahu aku dia buat apa kat sana, bila balik dia putuskan hubungan dengan Nad. Then Nad jumpa Zain, duda. Dorang bercinta, da merisik pun, sekali find out Zain tu abang susuan dia. Hahahah. Eh gelak pulak, time tengok kau bukan sedih ke? Haha. Tak macam, gila kau, da bercinta bagai nak rak, sekali tahu tak boleh kahwin. Hukum tetap hukum kan. Balik ni nak tanya mak la, kot2 la aku ada abang susuan, karang tak pasal aku bercinta dengan abang sendiri karang haha.

Tapi betul la, benda2 macam ni memang kena inform dekat anak2. Tapi so far, adik beradik susuan aku semua sepupu2 aku je, so da tahu la. Jadi macam Nad dengan Zain mahu meroyan jugak tu haha. The saviour Nad selama dia terseksa tu of course my Beto. Yang lain korang tengok la sendiri. Da nak last2 tu ZA datang balik pulak. Hamput betul. Tapi happy ending la. 

Macam gampang sinopsis aku haha.

Tengok sendiri la. Best! Menusuk jiwa. Kah Kah Kah.

Bye!

2 comments:

  1. kesiannya tak tahu bayangan rindu ni sebenarnya cerita novel. byeee

    ReplyDelete
  2. siapa yg tak tahu? kesiaannnnyaaaaa

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance