Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 1 November 2013

Survival in Bumi Allah

Kadang2 rasa malasss gila nak kerja. Kalau bangun pagi tu fikir alangkah best-nya kalau boleh bangun pukul 10 (dasaaarrr!), then breakfast, then bersantai depan TV, tak pun merayau dengan mak.

Tapi namapun manusia, kita perlukan income untuk hidup. Kita kena jadi survival, struggle to remain living. Kalau tahu nak mati bila, sonang. Kira je berapa hari lagi nak hidup; agak2 guna RM15 sehari, darabkan dengan remaining days nak hidup, da cukup duit, berhenti kerja, tunggu Izrail.

Tapi hidup tak sesenang tu, macam tu ramai la orang buat dosa, sehari sebelum mati taubat la. Allah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Kita kena ada tempat tinggal, kena ada makanan, kene ada keluarga, kawan, untuk menyempurnakan hidup. Bukan macam monyet yang boleh panjat pokok sesiapa ambil buah, yang boleh makan makanan dari tong sampah.

Manusia juga ada keinginan, nak kereta mewah, nak rumah besar, nak laki handsome (?) 

Macam mana kita nak cukupkan keperluan kita kalau kita tak kerja. Sampai bila nak bergantung harap dengan mak ayah. Mak ayah kita bukan immortal, satu hari nanti bila da sampai janji dorang dengan Allah, dorang akan pergi jugak. Kalau dorang tinggalkan duit berjuta pun, kalau guna hari2, habis jugak.

Kita pun bukan immortal. Tapi nak tunggu hari mati, takkan nak makan rumput colek pasir. Ingat lembu apa? Tengok orang pakai Mazda 2, rasa nak pakai jugak, tapi malas kerja. Tengok rumah orang ada swimmimg pool rasa nak jugak, padahal duit air bulan2 pun sangkut nak bayar.

Lagi satu, kita manusia ni kadang2 tak cut our coat according to our cloth atau tak ukur baju di badan sendiri. Da la kerja malas, tapi tudiaaa berangan kemaen. Bill Gate pun tak pernah berangan macam kita.

Gaji seciput, then habiskan dalam masa 2 minggu. Lagi 2 minggu tu baru sasau tak de duit, baru menyesal boros (terasa).

Allah bagi kita akal untuk kita jaga dunia ni, jaga semua ciptaan Allah. Menteri kene jaga rakyatnya, mak ayah kene jaga anak2, anak2 pulak kena jaga maruah mak ayah, suami kena jaga isteri, bos kena jaga pekerja, pekerja zoo kena jaga binatang. Tiap orang ada peranan masing2.

Bila kita sendiri tak jalankan setiap amanah kita, hancurlah dunia. Bila menteri seleweng duit rakyat, rakyat hidup susah. Bila mak ayah tak hiraukan anak2, anak2 jadi rosak. Bila bos tak jaga pekerja, syarikat boleh muflis. Bila penjaga zoo tak jaga semua binatang, nampak la kita harimau melintas jalan haha.

Kita kerja memang untuk duit. Duit untuk kita teruskan hidup, bagi keluarga makan. Tapi jangan kita lupa, di sebalik kerja ada amanah; amanah ni yang bila tak dipukul, maka pecahlah ummah.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance