Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 25 November 2013

Karangan hari ini

Pengenalan
Aku baru bangun tidur, kat ofis hahaha. Lega sikit kepala dengan perut. Tadi rasa nak pitam bila dua2 meragam. Nasib baik manager aku perempuan, faham simptom2 sakit Puan huahuahua. Siap nak suruh sorang staff ni belikan aku panadol dengan air 100 Plus. Tapi aku tolak. Sebagai galang gantinya bagi aku tidur muahaha. Beli oranges sikit tadi and tidur, now boleh mengadap komputer. Tadi tengok komputer pun aku rasa nak tumbuk je.

Isi
Tahu tak last week aku kan filing draft perintah, da siap draf perintah, aku dengan konfidennya nak pergi la failkan perintah pulak. Sekali Court mistakenly file aku punya draf ke HC KL. Hnnfff hnffff. Sabar je la. Makanya aku kena failkan draf lagi sekali ke Ipoh. Nasib baik servis RM10 jewww, kalau RM100 aku pergi naik Putrajaya buat demonstrasi depan POJ hahaha *takde kene mengena

Sekarang ni tunggu approval draf dari Pendaftar Ipoh pulak. Padahal aku da short call lama da. Takpelah, people make mistake, online system is a mistake hahaha. Tak2, aku suka sistem onlie ni, banyak menyenangkan, sedangkan manusia buat silap, inikan system yang tiada akal. Yang salahnya tetap manusia, sebab manusia yang salah klik la, salah baca la.

Nasib baik kalau lambat filing pun tiada masalah. Perintah ni penting sebab kalau takde perintah ni, bila buat Ethic Course, maka certificate tak akan dikeluarkan. Itu la kata En. A (Tak habis lagi misteri En.A) kepada aku.

Penutup
Minggu ni aku cuti hari Jumaat and Isnin depan sebab konvo. Tiada yang mengujakan selain nak jumpa kawan2. Konvo ni remeh tau, belajar susah, da konvo pun menyusahkan. Pffft.  Da pesan dekat mak, tak payah la nak bagi2 aku bunga nanti, bukan aku minat pun, nak bagi BMW takpe muahaha. Hari tu dapat email BMW, suruh beli kereta, ada tawaran lumayan. Biasaaa dia tu, bagi email yang mengecikkan jiwa raga.

*Best jugak buat karangan tak de kena mengena antara isi dengan intro ni haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance