Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 18 November 2013

Ipoh Ipoh Ipoh

Sabtu lepas pukul 6 pagi aku da bangun. Coii bencinta gila nak mandi pukul 6 pagi. Emak anak 5 pun tak bangun lagi time tu. Da siap2 shoot pergi Hotel Syuen, ada Inaugural Perak Bar Law Lectures. Aku jadi usher. Mula2 tu chaos sikit sebab kitorang takde rehearsal/briefing, so sampai2 tak tahu nak buat apa. Tapi Perak Bar committee sangat baik hati and helpful.

Mula2 dorang bagi senarai VIP sekali dengan gambar supaya kitorang boleh cam and bawa dorang ke holding room. Mana aku nak cam oi dengan sekali imbas, aku kenal Raja Nazrin je, derhaka sangat kalau tak kenal Raja Nazrin. Raja Nazrin in person sangatlah handsome, tinggi dan flawless dan manis dan da da la tu haha.

Aku kene pin kan brooch VIP ke beberapa orang VIP yang majority nya singh and Indian. Da la dorang tinggi, aku tak berapa nak tinggi, terjengket la sikit, lepas tu jari asyik tercucuk jarum je. Anje nyee tu pun nak ngadu haha. Walaupun dorang berpangkat Tan Sri, Dato bagai, dorang still humble. Yang aku tengok, lawyers India memang ramai yang tak loket dengan senyuman. So kita pun rasa selesa to greet them.

Tapi time VIP masuk, aku rasa nak pitam sebab dari pagi tak makan. Bila perasmian by Raja Nazrin da settle, aku rasa nak menyelinap ke pintu belakang makan Secret Recipe, tapi fikirkan dapat lunch free, tak baik membazir hehe.

Pukul 12 lebih da lunch, sedap la jugak makanan kat Syuen tu, tapi paling tip top sampai aku topup 3x pinggan besar adalah rojak buah dia. Perghh pecalele betul.

Petang sambung talk. Aku da ngantuk gila. Nak sewa bilik dekat Syuen da penuh haha. Hari tu ada 3 orang speakers; Dato W.S.W Davidson, Prof Dr. Shad Saleem Faruqi, Dr. Joshua dari Australia Bar. Aku kagum dengan Dr. Shad, ilmu dia bab Federal Constitution memang dalam poket dia je. Tak salah aku dia bagitau dia mazhab Hanafi and dia shared opinion dia bab penggunaan kalimah Allah. Which I agreed, arguments dia lebih kurang dengan Dr. MAZA, ex-mufti Perlis.

Dalam pukul 4.30 da habis talk, dapat hi-tea pulak. Rejeki. Lepas tu terus balik. Lepas Maghrib aku terus tidur sampai pukul 10, bangun solat, sambung tidur balik pukul 12. Penat bebenor kononnya.

Pagi Ahad mak kejut ajak pergi Ipoh. Ya Allah malas gila aku nak bangun, dengar perkataan Ipoh terus rasa migrain haha. Seriously, aku da muak nak drive ke Ipoh. Runsing haha. Da sampai rumah, aku patah balik ke Ipoh (zzzzz), pukul 9 malam baru sampai rumah. Lepas tu teringat hari ni kerja pulak, lagi moral down haha.

Da ngantuk2 pun aku tengok AF. Tahniah Yaaa dapat nombor 3, you deserved it girl. Ya/Amira, adik kepada Maria, kawan baik aku yang aku selalu canangkan kat sini. Kalau tengok Ya dalam tv lemah lembut, sori Maria tak lemah lembut haha ampun Maria. Setiap kali tengok Ya gelak dalam TV, mesti teringat Maria sebab dorang gelak sebijik. Rindunya dekat Maria :'). Btw, congrats again Ya, Maria and family :) Adik dorang Ales, tahun lepas masuk Idola Kecil, memang adik beradik seni betul. Aku dengan adik beradik aku tau gaduh je haha.

Oh semalam hari jadi adik laki aku. Hepi Birthday Mat Rentung!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance