Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 13 November 2013

hitam putih kehidupan

Ngantuknyaaaa. Selalu 8.15 baru bangun, hari ni lepas Subuh tak tidur da. Tadi ada hal sikit kat court and ada seminar dengan RHB pasal online documentation dorang yang baru nak launch Jan 2014. Tadi introduction je, esok baru belajar betul2. 

Aku kagum betul dengan manager syarikat yang buat website untuk RHB ni, smart young man, fluent gila cakap English, yang paling penting genius gila bab IT.

Tadi buat dekat Hotel Syuen, esok pun kat Syuen. Sabtu ni aku ada talk dekat Syuen jugak. Tadi buat kira2 dekat buku 555 kot2 la cukup duit nak beli sebiji bilik kat Syuen tu haha. Penat oi berulang. 

Chambering ni memang memenatkan. Mula la dalam kepala otak aku fikir nak bukak bisnes je, jual belon ke, jual dam aji ke, jual karipap frozen ke (masalahnya tau ke buat?)

Tapi nak taknak kena hadap jugak la kan. Takkan da belajar penat2 5 tahun then nak biar ijazah aku terbengkalai macam tu je. Kalau aku no hal, tapi fikir mak ayah la. Dari dulu sampai sekarang supportive gila, tak sampai hati nak kecewakan dorang. Da boleh balas jasa dorang nanti, da bagi dorang lega and bahagia, da ada duit sikit2 untuk hari tua, baru la boleh start karang surat resign haha.

Dulu time kecil aku ni banyak songeh, semua aku nak, kalau tak dapat aku mengamuk dekat shopping complex, peduli pulak aku orang tengok ke tak haha. Da makin besar, makin matang, aku tak pernah mintak apa2 dari mak ayah unless terdesak gila. Kalau aku nak, aku try usaha guna duit sendiri.

Tapi being parents, tak mintak pun dorang bagi. Da terlibat dalam dunia law ni, makanya aku terlibat dalam dunia hitam putih *boringg*. Aku memang tak banyak baju hitam putih, sebab again warna dia boring haha. Kalau pergi court, aku pakai je la baju yang ada, lagipun sekarang aku jarang lagi pergi court, ada la sebulan 4 5 kali je. 

Tapi mak da belikan aku 4 pasang baju hitam putih. Kadang2 dia beli time aku ada, kadang2 tiba2 je ada da depan mata. Aku tak banyak songeh, aku pakai je apa mak beli walaupun bukan aku pilih. Dia da belikan tu da patut buat sujud syukur da. Thank you Mak, thank you Ayah, love you very2 strong.

Entah sampai bila nak susahkan dorang T____T

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance