Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 28 November 2013

AS Beauty, Toner Sebamed, Collagen

Nak perasan cantik dalam seketika boleh? hahaha. Lately ramai orang tegur kulit muka aku makin cantik. Kulit je eh, bukan muka, muka dari azali gitu haha. Yang tegur family members, and orang2 yang datang rumah which yang tengok aku tanpa compact powder whatsoever. Haruslah aku kembang sikit, tapi lama2 da lali da hahahah rasa nak sepak diri sendiri.

Ramai lah tanyakan rahsia aku menjaga kulit muka. Aku kabo, rahsia terbesar aku ambil wudu' muahaha. Dorang bengang je aku jawab camtu. Wudu' penyeri wajah laa hehe

So, nak tau tak rahsia Kak Beron? *tepuk2 pipi* Sebab ramai yang tanya, eloklah aku kongsi kan di sini, sebab ada masanya aku malas bercakap. Haha.

Sebenarnya produk apa pun kita pakai, depend pada kesesuaian kulit. Plus, aku memang takde masalah jerawat sangat, sebulan pun kuar sebiji dua je then hilang takde parut. Muka aku pun tak oily sangat, tak kering sangat, lembap2 embun di pagi hari hahaha hotak kau! So, pencuci muka apa pun selalunya takde masalah untuk aku.

Tapi sejak aku pakai produk ni la yang ramai start tegur kulit muka aku makin bersih. Nak tau tak produk apa? Tapi janji dulu beli dengan aku hahaha. Tak2, memain je, aku tak jual pun. Produk ni dikenalkan oleh makcik aku, makcik aku pakai orang tegur kulit dia makin mulus, adik aku pakai pun orang tegur adik aku makin putih, so aku try orang tegur kulit aku makin cantik hiks. Oh adik aku sensitive kulitnya, tapi dia pakai takde masalah, so bagi aku ok la produk ni.

Nama produk ni AS Beauty, adik aku cakap AS stands for A Simple, tak tahu la kalau dia tipu aku hehe. Aku baru pakai 3 bulan, tak habis2 lagi satu set. Satu set RM120 kot, tapi sebab family aku ramai pakai, beli 6set sekali dapat RM100/set. Berbaloi la sebab tahan lama.

Dia ada basic set la, sabun, krim siang, krim malam. Sila google rupa dia. Krim malam kalau kulit da okay, pakai selang2 pun takpe, kalau aku ikut tahap kerajinan hahaha.

Oh kulit aku ada masalah blackheads especially kat hidung. Dulu aku tak pakai toner sebab malas haha. Tapi bila macam kronik, aku pakai la, jenama Sebamed kot nama dia. Pori2 aku nampakla da kecut sikit. 

Lagi satu, aku sampai sekarang tepek lagi collagen buat masker malam2. Selang seli la aku pakai, ada tu aku tak pakai langsung seminggu, pemalas kan. Haha. Sekarang collagen pun tak buat sendiri, beli je, again sebab pemalas. Ya Allah syukur ada orang jual, tak payah aku susah2 buat. Kalau aku rajin buat sendiri nanti, sian pulak dorang takde pembeli. Haha. Aku beli collagen tu besar tuppeware taufufa, RM10, da dua bulan tak habis lagi. Muahahaha

Ha amek kau! Haha. Ni muka aku tanpa any make-up, guna front camera, bukan 360. Tapi kulit nampak cerah sikit sebab efek cahaya kot bahahha. Blackheads still ada lagi T__T, parut pun ada kat pipi kiri, tengok betul2. Idak le flawless beno, tapi better la dari dulu. Mihmihmih. Maafkan saya yang bertudung senget.

Itu saja yang aku dapat kongsikan. Sambil sapu2 krim kat muka, aku baca Ya Badi'ah (Wahai yang memperindahkan-baca ya badi' je, koma atas baca huruf ain), Ya Nur (Cahaya), Ya Hadi (wahai pemberi petunjuk), Ya Allah (3x). Cara bacaan and maksudnya aku tanya kat pakcik aku seorang Tahfiz, baik korang caya hehe. Aku tanya maksud Ya Hadi dengan Ya Badi'ah kat dia, terus dia tanya  "Amalan awet muda ke Beron?' Hik hik hik tau aje, malu titewwww. Sambil tu doa la mintak Allah naikkan seri wajah. Walaupun muka aku takde la seri mana pun, cam seri aji je haha.

Btw, esok aku cuti sampai Isnin and tak payah ganti. Yehooooooo! Oh tadi aku da filing kan Perintah Short Call, mintak2 da takde pape da lepas ni heee.

5 comments:

  1. collagen ape ye yg awk pakai.muke nmpk licin n mulus.

    ReplyDelete
  2. Anon: rumpai laut
    Fuz: Sori lmbt approve, busy *bajet retis hahaha

    ReplyDelete
  3. salam..awak buat seniri collagen sebelum ni? kalau nak beli, mane nak dapat eh?

    ReplyDelete
  4. haah. order dari Sabah dan buat sendiri. Cara buat blh google. yg ready make kt tmpt awak sy x tau la kt mana. kt tmpt sy jual kt pasar tani hehe

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance