Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 6 November 2013

2 deaths in 3 days are something to ponder

Sabtu lepas dapat berita Pakcik saudara aku pergi menghadap Ilahi. Asalnya, dia terbabas motor and patah kaki. Just a minor accident. Memang kalau tengok kan kaki dia, tak terfikir dia akan pergi. After 2 months ulang alik ke hospital nak pasang besi buka besi dekat kaki, Jumaat lepas Doctor detected yang kuman dekat kaki merebak ke paru-paru. Innalillah.

Semalam aku dapat berita, sorang saudara jauh aku, meninggal sebab cancer cervix. Umur baru 21 tahun. Tapi tu la, ajal tak mengenal umur. Dia sorang anak perempuan dari 2 beradik. Mesti ni satu berita yang paling berat untuk diterima keluarga dia, moga mereka redha dan tabah. Innalillah.

Waktu aku ziarah arwah, lepas dikafankan, dipanggil ahli keluarga untuk buat penghormatan (ciuman) terakhir, aku tertanya-tanya apa hukum mencium jenazah.

Semalam sebelum tidur, aku make some reading on that issue.

Mencium jenazah adalah sunat sekiranya arwah seorang yang soleh. Bukan yang bernama Soleh. Dan hukumnya harus untuk orang2 biasa macam kita. Dan boleh jatuh haram jika diketahui si arwah masa hidupnya hanya bergelumang dengan maksiat. 

Ada hadis sahih dalam bab mencium jenazah ni. Sila la google. Karang aku tersalah explain, mampuih.

Siapa yang boleh mencium jenazah? Off course la muhrimnya. Isteri pun boleh, suami pun boleh. Yang tak boleh ajnabi. 

Ramai yang persoalkan, tak batal ke wudu' jenazah bila isteri/suami dia cium arwah? Banyak pendapat dalam hal ni, aku pun tak baca banyak semalam sebab ngantuk. Huhu maafkan saya. Tapi kalau isteri/suami boleh cium jenazah and ada jugak dalil dalam bab ni.

Tapi ada sesetengah kematian bila aku ziarah, aku tengok dia punya isteri punya sepupu angkat pun cium jenazah. Aku jadi macam, eh boleh ke kau cium? Memang dia hanyalah sekujur tubuh, tapi tu la, banyak yang aku baca kata muhrim arwah je yang boleh cium arwah untuk kali terakhir.

Tak kira la macam mana rapat pun kita dengan arwah, bagi aku hukum tetap hukum. Kalau arwah masih hidup, agak2 dia bagi tak sepupu angkat isteri dia cium dia?

Entah, susah nak huraikan bab ni sebab aku pun tak arif. Tapi dari segi logik dan ilmu agama aku yang sikit ni, bagi aku, yang bukan muhrim tak payah la cium arwah. Doa kan pun lebih dari cukup.

Aku pernah pergi ziarah satu keluarga ni yang baru kehilangan ayah mereka. Aku respect dengan keluarga tu. Lepas ayah mereka sempurna di kafankan, baru dorang bagi orang luar masuk bilik tu untuk lihat muka arwah untuk terakhir kalinya. Sebelum tu, memang 100% anak2 dia uruskan dengan beberapa orang masjid dan adik beradik lelaki arwah. 

Anak perempuan dia cakap bila ada yang nak masuk bilik tu 'Minta maaf ye, ayah tak siap lagi, kalau ayah da siap nanti kami panggil masuk, sekarang ayah tak sempurna lagi aurat dia, ayah mesti malu kalau ada orang luar tengok dia macam ni, nanti da siap sempurna, kami panggil masuk' Respect!

Walaupun pengurusan jenazah ni hanyalah fardhu kifayah, tapi bagi aku sebagai anak kita kena belajar buat semua ni. Biar kita uruskan mak ayah kita nanti, orang masjid biar buat pantauan je nanti. Baru puas hati, sampai hujung masa mereka kat dunia ni, kita uruskan. Time kecik mak dalam pantang, sakit2 pun bangun nak mandikan kita, apa salahnya di akhir kita pulak mandikan mereka?

Kalau panjang umur, kalau takdirnya mereka pergi dulu sebelum aku, aku nak berkhidmat untuk mereka hingga akhirnya. Aku harap Allah bagi aku kekuatan nanti. Tapi andai takdirnya, aku pergi dulu..........................

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance