Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 24 October 2013

Takde perasaan, blur, tak nampak salah sendiri, ambil mudah

Ramai orang cop aku takde perasaan. Bila ada laki bagitau makcik aku dia nak 'kacau' aku, makcik aku cakap 'Tak payah la, Nadia tu bukan ada perasaan'. Baru2 ni lawyer aku komen pasal aku kat staffs yang lain 'Nadia ni takde perasaan'. Ada jugak yang komen 'Tak payah la cakap apa2 dengan Nadia, dia bukan ada perasaan'

Am I that bad? Am I an ignorant person?

Tapi kadang2 aku pun rasa aku takde perasaan haha. Aku ada perasaan la oi! Tapi mungkin kurang and mungkin tak reti nak tunjuk. Hehe. Aku ni jenis tak alert dengan orang sekeliling kot. Kawan aku pernah cakap aku ni caring tapi tak sama dengan manusia normal punya caring haha. Aku caring dalam diam2, aku tak tunjuk sebab aku tak reti haha. 

Ada jugak kawan2 yang cakap aku ni hati macam lelaki. Jenis buat dek orang kata, orang ingat tak ambil kisah, padahal dalam diam ambil kisah jugak. Entahlah, aku memang dari dulu macam ni. Kadang2 aku tak perasan orang marah dekat aku ke merajuk ke selagi orang tu tak bagitau. Yes, aku straight forward punya orang, kalau tak bagitau aku yang kau kecil hati dengan aku, sampai mati aku tak perasan haha.

Orang cakap bila perempuan cakap 'takde pape' means memang ada something wrong. Tapi aku tak, kalau aku cakap takde pape means memang takde pape da, aku taknak panjangkan cerita, aku nak hal tu stop kat situ je, tak payah mendesak aku nak tau kenapa. Nanti kena tengking dengan aku jangan nangis haha.

Lagi satu aku ni blur orangnya. Tak teruk sangat kot hehe. Macam aku cakap tadi, aku straight forward orangnya, so kalau cakap bersimpang siur memang aku blur. Kalau terangkan aku bab peta lagi la hamput aku blur haha.

Aku ni susah nak nampak salah sendiri, rasa diri betul je hahaha. Kekwat sangat. Especially kalau aku buat kerja, kene draft apa2, da 10x cek pun aku tak nampak lagi typing error aku. Haha. Kene orang lain cek kan kerja untuk aku, kalau tak konfiden je betul haha.

Aku jenis yang ambil mudah kebanyakan benda. Aku tak suka merumitkan keadaan. Tapi benda yang patut ambil serius pun aku ambil mudah kadang2 haha.

Maafkan aku kepada semua yang aku pernah susahkan atas sebab kelemahan diri aku. I'll try my best to be the best I can hehe.

2 comments:

  1. awak sangat baik. semoga Allah merahmati awak dan keluarga. ameen

    ReplyDelete
  2. tq for ur doa. may Allah bless u n ur family too . aameen

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance