Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 5 October 2013

Perak Bar Dinner

Malam semalam aku attend Perak Bar Dinner. Kena paksa sebenarnya pergi sebab budak chambering khenn. Konon suruh bersuai kenal padahal tiket tak habis jual tu. Heh ingat aku tak tahu taktik tu. Haha

Nasib baik ada Azam dengan Syakira, kalau tak aku beli je tiket tapi tak datang. Da la tema masquerade. Aku ni memang tak suka majlis keramaian yang aku tak kenal orang. Baru aku perasan aku anti-sosial jugak orangnya hewhewhew

Semalam kitorang sampai dalam 8 lebih, masuk dewan memang tengok seat da penuh. Then ada sekumpulan lawyer Cina and India ajak duduk sekali. Segan weh kitorang je Muslim dekat situ, dorang da la senior lawyer. Tapi dorang baik, ramah, bagi kitorang makan dulu, serve kan.

Yang lawaknya time makan ikan steam, ada sorang lawyer tolong letakkan kat pinggan aku dengan Syakira. Bahagian Syakira besar sikit dari aku. Then sorang lagi lawyer cakap 'Hey kata you Keadilan, tapi tak adil'. Lepas tu dia pulak bangun, potong ikan besar punya, serve dekat aku 'Ha tengok I BN, I bagi BRIM' Hahaha Sumpah nganjeng dorang ni.

Semalam buat dekat Kinta Riverfront Hotel, hotel baru dekat Ipoh. Makanan Chinese Food, sedapppp. Tapi aku tak makan 2 makanan sebab balik awal. Tak kuasa aku nak menunggu.

Yang tak best nya dinner semalam adalah perfomance. Perfomance dari kelas ballet, sumpah tak faham. Yang lain okay la. Lagi satu benda yang tak best, dorang hidang beer sekali atas meja. Haish. Hormatla orang Islam, if nak hidang jugak buat la dalam bilik lain or asingkan meja Muslim dengan Non-Muslim. Benda ni tak boleh ambil mudah. Aku minum air suam je semalam. Supposedly sediakan la at least air sirap ke.

Sebab tu aku tak suka join aktiviti sosial yang aku tak tahu. Da la kita tak kenal orang, kita tak tahu apa yang terhidang. Jangan harap da la aku nak pergi huhu.


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance