Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 11 October 2013

Jodoh itu bukan hak aku

Sekarang ni musim orang kahwin awal, bila la musim ni akan berkahir sebab aku da runsing nak menjawab soalan2 mak jemah ke aku yang tanya bila aku nak kahwin. Apa ingat aku boleh dapat wahyu ke nak tau bila aku akan kahwin, dengan siapa aku akan kahwin. Suka tau tanya soalan yang aku takde jawapan. Cuba la tanya Kuala Gula dekat mana, nescaya aku jawab Melaka hahaha.

Semalam aku dengan Abang Man turun sekali dari office, Abang Man cerita;

Tadi anak Abang Man called, suruh belikan pancing, dia ada camping dekat Kuala Gula Sabtu ni
Woowwww best la camping, siap memancing lagi. Kuala Gula dekat Melaka kan Abang Man?
Woi! Hahahaha Kau ni memang fail Nadia. Kuala Gula atas sikit dari Taiping la
Hahahahaha


Okay, berbalik pada bab kahwin, semalam makcik aku cerita ada budak Form 4 & Form 5 datang Mahkamah Syariah dengan ayahnya sebab nak mintak kebenaran kahwin bawah umur. Aku like, Whattt?!! Aku time form 4, bercinta pun tak start lagi haha. Elok la kahwin awal elak maksiat, tapi tapi tapi hahaha tapi aku tak tahu nak cakap apa. Biarlah jodoh dorang (hendaknya sampai bila2)


Kawan2 aku ramai da kahwin and nak kahwin, ini menambahkan stress mak incek. Bukan stress sebab aku nak kahwin awal, stghess sebab mak2 jemah (seperti di atas) sebok bertanya, Nadia bila lagi? Ha bak mai anak laki hang satu hahaha.

Nadia, jangan memilih sangat.

Pffft, ini bukan soal memilih ke apa, da hati aku tak terpaut nak buat guane? Yang peliknya, mak2 oarang yang sibuk hal aku, mak aku rilek je. Bila orang tanya2, dia tolong jawabkan 'ada nanti ada la kan Nadia?'. Cepat2 aku jawab, haaaa tau takpe.

Benda ni bukan boleh dipaksa, dirancang. Aku ada la baik dengan lelaki, tapi entahlah, tak terbukak lagi hati. Kalau datang, aku terima. Kalau jodoh tu tak datang, aku nak buat macam mana? Haish la makcik2

Time belajar tanya bila nak habis belajar, da habis belajar tanya bila nak kerja, da kerja tanya bila nak kahwin. Aku da kahwin nanti apa pulak nak ditanya nya.

Cuba la hidup tu jangan sibuk bertanya hal orang, cuba tanya diri sendiri; agak2 esok aku hidup tak lagi?

Kehadapan makcik2 seluruh Malaysia yang mengambil berat hal hidup saya, terima kasih saya ucapkan atas keprihatinan makcik2 ke atas saya, kadang2 saya rasa terharu jugak. Tapi ketahuilah makcik2, sesungguhnya kuasa rezeki, jodoh semua tu bukan di tangan saya. Maaf kalau saya mengecilkan hati makcik2 kerana tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Biarlah Yang Maha Tahu menentukan.

Yang Benar,
Chambering student yang tengah semak dengan 20 pending cases yang takde masa nak fikir pasal kahwin lagi.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance