Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 3 October 2013

Hidup yang caca marba

Ya Allah, sejak berchambering ni, aku bagaikan lifeless. Pukul 11malam aku da ada atas katil da, kalau 11.03 tak baring lagi pun rasa sayangnya waktu tidur, esok nak kena bangun pagi pergi kerja. Padahal lepas Subuh aku tidur balik lagi sejam kah kah kah Dasar koala betul sayang tidur. Sanggup tak tengok TV sebab nak tidur haha apadaa kau.

Runsing tahu nak kisahkan hal chambering ni. Kerja okay, tapi procedure chambering ni sangatlah remeh. Kau tau la kan bila deal dengan Court, particular gila lah, aku yang naik gila nak uruskan. Semua orang aku involve-kan, aku ni da la blur orangnya. Nasib baik staffs kat Perak tak sombong macam staffs kat KL pffft. Terbukti orang Perak budiman dan berbudi pekerti *ehem-ehem

Yang banyak tolong aku off course la kawan2, siapa lagi nak susahkan kalau bukan kawan2 haha. Lawyer aku pun banyak tolong aku (Terima kasih encik), lepas tu aku banyak tanya dekat Afiq, budak chambering sekali dengan aku tapi da 5 bulan masuk (Terima kasih banyak2 Afiq). Tanpa dorang, mungkin sekarang aku dekat rumah makan aiskrim Milo sambil tengok CSI mintak mak ayah tampung hidup sampai tua.

Ni Jumaat ni aku ada dinner dengan Perak Bar. Tema Masquerade, kerlass ke tidok? Malas gila nak pergi sebenarnya, tapi adat la budak chambering kan, maka katanya wajib lah pergi. Nasib baik ada Azam dengan Syakira, kalau aku sorang, lepas daftar aku terus balik, dorang bukan kenal aku pung haha. Eh Jumaat tu esok la yek? Huk huk huk.

Sampai bilakah hidup aku akan begini? Haha. Cepatlah habis 9 bulan fuh fuh fuh. Hari tu lawyer aku tak sihat, so dia MC, ada client datang, dia suruh aku attend client tu. Hoi aku mana pernah attend client oi, Datuk pulak tu nasib baik tak kacak sangat har har har. Da la nak buat agreement pasal pembalakan, lagi sekali hoi mana aku tau particular apa yang nak ambil. S&P aku tau la nak buat apa huhu.

Da draft agreement, dua2 pihak setuju, semalam dorang sign agreement tu. Fuhhhh Alhamdulillah. Nasib baik la agreement simple je dorang nak, dalam 4 pages je. 

Ya Allah, permudahkan segala urusan aku dan kawan-kawan sepanjang proses Chambering ni. Thanks God aku kerja tempat yang walaupun kerja banyak tapi tak stress sebab staffs very friendly and helpful. Kalau dapat bos yang kaki maki, memang aku angkat kaki kot T___T

Doakan aku kawan2.

Oh, 2nd Deec ni aku Grad. Entah, tak rasa apa pun. Ikutkan aku malas nak pergi, tapi nak jumpa kawan-kawan. Plus, aku anak sulung, so sian pulak mak ayah kalau aku tak pergi. Aku memang manusia tak suka benda2 melibatkan protokol ni, sebab tu hari tu ada anak raja meminang aku, aku tolak *takde kena mengena*

Every weekend dari Nov-Dec da penuh dengan segala aktiviti. Nak bercinta pun takde masa oi! Haha ha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance