Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 4 October 2013

Hebatnya solat dhuha

Dalam hidup, aku percaya setiap yang aku buat ada connection dengan yang atas 'sana', setiap yang terjadi ada hikmahnya, mungkin aku akan nampak, mungkin terus nampak, mungkin aku tak perasan.

Aku tahu tujuan hidup aku takde kat sini, jadi pelan-pelan aku daki nak gapai cinta Ilahi. As normal human being, iman aku fluctuated. Dengan perangai sebegini, aku tahu tak jauh aku boleh pergi. Setakat buat yang wajib, aku dapat rasa tak mampu tampung dosa yang menggunung.

Bak aku kata tadi, pelan2 aku daki. Aku wajibkan diri buat yang sunat. Lepas maghrib/isya' baca al-Quran walau satu muka surat. Walau baca tafsir, banyak makna tersirat yang aku tak boleh rungkai. Aku perlu Tok Guru dalam bab ni.

Lepas mandi nak pergi kerja, aku tunaikan solat sunat Dhuha. Apa yang aku perasan, kalau aku solat Dhuha, hidup aku untuk hari tu mesti smooth je. Kalau aku tak buat, mesti ada je tak kena. Aku percaya ini balasan Tuhan, bukan kebetulan.

Mari aku cerita kisah semalam.

Semalam aku ada kerja dekat Taiping. Aku kena pergi  3 tempat yang aku tak pernah pergi. Aku ni bab jalan memang fail! Pakai redah je drive sorang2 semalam. 

Destinasi pertama, aku ada tanya dekat kawan kawasan tu area mana. Dia just bagitau area, dia tak bagitau detail aku kena masuk jalan sini atau sana. Aku pun pergi ke kawasan tu, baru masuk simpang, aku da nampak tempat yang aku nak tuju. Hebat! Terus jumpa! Selalunye orang macam aku da sesat 2 jam baru jumpa. Semalam kan hari kerja, kawasan tu memang banyak office, kawasan klinik, kawasan bank, ada satu hospital pakar dekat situ. Takde tempat parking khas, ikutkan logik memang mampuih nak cari parking. And another incredible thing happened, aku sampai je, ha nah ambil, ada kekosongan tempat parking betul2 depan office yang aku nak pergi tu! Betul2 depan weh. MashaAllah.

Aku masuk office tu, jumpa seorang lawyer ni, dilayan sangat baik. Kebetulan kawan aku ada sorang kerja situ, terkejut aku nampak dia sebab aku tak tahu pun dia kerja situ. Rezeki nak jumpa kawan, rezeki dapat deal dengan orang yang baik2.

Destinasi kedua, pun aku tak tahu jalan haha. Yang ni aku guna GPS. Orang blur macam aku, guna GPS pun boleh lepas simpang haha. So aku tersesat sikit, but Alhamdulillah managed to find that place. Kawasan tu lagi la tengah bandar, lagi la mustahil nak dapat parking kan. Tapi again, Alhamdulillah, ada rezeki parking untuk aku depan selang satu blok dari tempat yang aku nak pergi. Walk-able sangat!

Destinasi ketiga pun aku tak tahu. Guna GPS jugak, kali ni da tak salah ikut direction, tak sampai 2 minit da sampai. Ada parking depan office tu jugak tapi masalah aku, aku tak reti side parking hahaha. Perempuan kan. Tapi tu je parking yang ada, tengok tempat lain memang full house. So aku decide redah je nak masuk parking tu. Fikir2 mahu 15 minit jugak nak perfect parking ni haha. Kesian kau Beron. But with Allah's helped, aku parking kereta tu  perfectly tak sampai seminit oi! Bangga 50 saat. Dengan ada kereta kat depan and belakangnya, tapi 1st time aku parking tak senget, perfect dalam kotak, like a drifter haha. Thank You Allah. Kalau tak selalunya nak side parking mesti berdebar dan hasilnya senget hehe.

Lepas tu aku balik dengan bahagia.

Aku dapat rasa solat Dhuha banyak bantu mempermudahkan segala urusan harian aku. Aku harap aku akan jadikan ia amalan sepanjang hayat. InshaAllah. 

Yang wajib moga mampu menutup dosa, yang sunat moga dipermudahkan segala.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance