Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 23 October 2013

Filing borang 3,4,5 (Ipoh)

Awal bulan hari tu aku filing borang 3,4,5 kat Mahkamah Tinggi Ipoh. Walaupun aku lagi dekat dengan High Court (HC) Taiping, tapi sebab aku da biasa dengan staffs Ipoh, so aku buat la kat sana, apa2 masalah senang nak mintak tolong nanti (memang ada masalah pung T__T).

Borang2 ni untuk short call. Procedure macam biasa; isi borang, bayar then dorang akan scan documents ke sistem e-filing. Bayaran untuk e-filing RM192, servis RM50 nasib baik firm yang bayarkan fuhhhh. Filing borang2 ni takde masalah sebab kita da ada pengalaman filing borang 1 & 2 kan. Plus staffs Ipoh banyak membantu, nak filing pun rasa ikhlas je haha

After few days, HC akan email kan kat kita borang 3 yang da siap proses. Kat situ akan ada printed tarikh short call kita plus dengan siapa kita akan short call. If dalam 3 hari tak dapat email, rajin2 kanlah telefon ke mahkamah untuk tanya progress dokumen tu. Macam aku hari tu, da seminggu baru aku call, sekali rupanya da lama dorang email, just tak masuk ke email aku. Email aku very protective, email orang yang dia tak kenal dia taknak terima pfft nasib baik aku call. Lepas tu da kelam kabut nak siapkan segala hal haha.

Then kene serve borang2 tu ke State Bar, Bar Council and AG Chamber, sama macam borang 1 & 2 dulu. Jangan lupa kepilkan sekali dengan cover letter.

Aku serve ke Perak Bar by hand, dan di sini masalah aku bermula haha. Bila serve, staff Perak Bar cakap dia tak boleh terima borang aku sebab ada kesalahan, dia suruh pergi mahkamah balik, pangkahkan then intpreter kene sign. Aku pun pergi mahkamah, 3 staffs aku jumpa. Staff last aku jumpa kata datang balik pukul 3 sebab dia nak tanya kat pegawai dia, time tu pegawai dia ada kes. Waktu tu baru pukul 11 oi, apa aku nak buat sampai pukul 3? Maka TERPAKSA la aku pergi shopping jap haha

Da pukul 3 aku patah balik ke Mahkamah dorang cakap 'tak pe kami terima, tak payah buat apa2' -_-'' Nasib baik da terapikan diri dengan shopping sebelum tu haha. Then aku patah balik ke Perak Bar *nasib baik dekat*, cakap dekat dorang tak payah betulkan apa2, sebab mahkamah terima. Dorang pun paksa rela terima. Siapa berani lawan mahkamah? Haha. Da la hujan lebat time tu, drama sungguh rasa.

Korang isi borang hati2 la, nanti banyak hal nya. Aku salah tulis nombor saman pemula atas sekali, aku pergi tulis nombor kes Borang 1 & 2, padahal kene letak nombor kes borang 3,4,5. Lagi satu aku salah tulis nama mahkamah dekat bahagian kiri borang, aku tulis Ipoh, padahal aku filing borang 1& 2 kat KL. Takpelah, we learned from mistakes kan?

Masalah bertambah bila aku da serve ke Bar Council and AG Chamber borang2 yang salah tu. So aku called BC, terangkan, then so far dorang terima, kalau ada apa2 dorang contact aku balik. *mintak2 takde masalah da*. AG takde rasenye. Ke BC and AG aku serve guna AR Register. Entah bila aku nak dapat balik kad kuning tu tak tau, cepat la oi, aku nak buat afidavit penyampaian pulaks ni.

Sebelum short call kene tunggu letter of no objection dari BC and korang kene serve afidavit penyampaian. Kena cari sorang mover untuk short call and State Bar akan hantar sorang dia punya representative.

So far ini je la dugaan aku. Makanya 8 November ni will be my short call date. Do pray for me. :)

6 comments:

  1. Hi Nadia.

    i file my borang 12 in KL and now wana proceed to file 345 in ipoh. hope u dont mind my silly question.
    when i file 345 in ipoh, the heading i put Dalam Mahkamah Tinggi di ipoh den i need to get a new case no. from Ipoh when filing 345?

    ReplyDelete
  2. yes the heading should be: Ipoh
    After u filing u will get saman pemula number from Ipoh court

    hope it helps

    btw, its not a silly question.

    Sorry for late reply

    ReplyDelete
  3. Hye..nak tanya, sy chambering di Taiping, ada apa2 mslh ka klau saya file borang 3 4 5 di Ipoh. Actually dh file pn. Skrg nk buat Afidavit Penyampaian. Perak Bar ada telefon tanya kenapa xbuat dkt Taiping sbab saya kna short call di Ipoh. Sy xtau yg bole buat kt Taiping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. takde masalah, dont worry. saya pun dulu chambering kat taiping, short call kat ipoh :)

      Delete
  4. salam kak..nak tanya..boleh rekomen kan firm firm di taiping yang selalu terima student untuk chambering.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. majoriti yg ada senior lawyers akan terima chambering stdent (at my times, dengan ekonomi sekarang tak berani nak cakap). I cant recall one by one firms kat sana, why not you survey kat Bar Council punya website, situ ada list. Drop cv through email also can do.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance