Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 28 October 2013

Don't Judge

Tiap orang ada sisi buruk dan sisi baik masing2. Sama ada ditonjolkan atau tak je. Macam aku sendiri, aku akui sisi buruk aku adalah aku ni tak peramah dengan orang yang baru jumpa, sampai ada orang tafsirkan aku sombong, padahal aku senyum jugak kat dorang.

Bagi aku definisi sombong bila tak senyum langsung, orang cakap buat tak layan, bongkak. Aku pulak jenis tak reti mulakan perbualan, dengan siapa pun. Kalau campak aku ke satu kelompok cannibal nescaya aku kena panggang sebab tak reti tackle dorang for the first time.

Tapi bila da kenal aku, korang takkan terlayan aku haha.

Kita tak boleh judge orang especially kalau baru sehari kenal. Manusia ni macam2 brand, ada yang peramah, ada yang pemarah, ada yang pendiam, ada yang lambat nak 'panaskan enjin' *macam aku jee

Selagi dia tak kacau hidup kita, kita terima dia seadanya. Da dia jenis tak banyak cakap, takkan nak jolok kerongkong dia semata-mata nak suruh dia bercakap. Da dia senyum jadahnya kau nak cop dia sombong?

Kau nak orang jaga hati kau, tapi kau tak jaga hati orang. Apa kau ingat kau sorang je ada hati, habis hati kami yang lain ni nak letak mana? Dalam almari?

Aku tak suka orang merajuk tak tentu pasal ni. Buruk. Hidup da berpuluh tahun, takkan la hal kecil pun nak sensitif lebih. Mengada. Fikir dia je, tak fikir orang lain.

Aku ni pulak hati keras, aku da buat baik tapi komplen macam2 lagi hal aku, memang aku buat bodoh je la lepas tu.

After all aku sedar kita memang susah nak puaskan hati semua orang. Penat. Sampai satu tahap aku terus fikir lantak korang la, let Allah judges.

4 comments:

  1. Salam..akak suke bace blog awk..
    #betul tu,,bg sy biar manusia tk tahu..yg penting Allah tahu..susah nk puaskan hati org..

    ReplyDelete
  2. tq kak :)
    kan. hati manusia lain2, kite just buat je yg terbaik, yg lain biar Allah tentukan ;)

    ReplyDelete
  3. welcome..salam kenal..
    teruskan menulis..akak jumpe blog awk mase mencari maksud name..dr situ akak bace tulisan2 awk..

    ReplyDelete
  4. salam kenal. may Allah bless u kak :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance