Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 14 September 2013

Sleepyhead need to work on lazy Saturday

Sejak2 setiap pagi masuk office ni, aku da jarang ada masa untuk diri sendiri. Sabtu pun kerja oi! Apa kes? Nasib baik kerja half day, kalau sampai petang memang aku report polis *takpepasal*. Bukan boleh buat apa pun hari Sabtu, bank tutup, pejabat kerajaan tutup. Just boleh buat appointment dengan client. Tapi betul jugak, sesetengah client tak dapat datang weekdays, jadi kena datang weekend. Kami berkorban untukmu clients mmuaaahhhkss! Client aku sorang dari Johor, tahun bila nak datang entah tu.

Hari biasa balik kerja 530. Kadang2 kalau ada kerja pukul 6 baru balik. Untung atas aku lawyer lelaki, so pukul 6 dia da halau aku balik. Takkan nak berdua-duan dengan dia dalam office ni pulak ken?  Da la dia tunang orang hahaha. Clerks pukul 5.27 da berdiri dekat pintu keluar da haha. Kalau ikutkan hati aku, pukul 5.25 aku nak pegang tombol pintu office da haha

Da balik kerja, malam pulak la nak lipat baju, nak kemas bilik bagai. Nasib baik I duduk dengan Mak, luar bilik mak da siap2 kemas di siang hari, kalau I duduk dengan mak mertua, harus I menangis hari2 dalam shower sebab penat. Yela, duduk dengan orang takkan nak goyang kaki. Kau jangan nak emosi lebih Nadia, kawen pun belum! Haha tak, aku cube membayangkan kehidupan berkeluarga. I tak mampu lagi nyahhh! haha

Hari tu mak suruh aku masak dinner, takpe lah sekali sekala huehuehue. Lepas maghrib aku keluar bilik tengok mak tengah siap2 nak masak. Rupanya mak teringat aku teringin makan sambal ikan bilis kering, then mak buat. Lagipun mak kesian tengok muka aku yang macam tak tidur 3 hari kot. *bergenang air mata* I love you so strong mommy!

Tiap malam aku gosokkan baju ayah dengan Hafiz. Kalau da penat sangat tu, aku cincai je gosok, sambil pejam mata. Alhamdulillah setakat ni takde lagi tragedi baju terbakar haha.

Kerja dengan belajar adalah totally different u olsss. Teori macam senang, bila nak buat praktikal, migrain jugak aku. Sepanjang 5 hari lepas, 2 hari je aku balik tak migrain huhu. Mungkin aku tak biasa berfikir lagi haha. Sekarang ni tengah buat kes Trust, mak ai 5 purnama aku cari supported case tak jumpa oi! Makkkk, nak kerja tol gate girl!

Currently ada 3 files kat aku yang masih pending. Da la luar bilik aku ada kedai orang meniaga goreng pisang la cempedak la buah-buahan la, elak aku letak tali dengan baldi je kat tingkap ni.

Bye! Nak cari cases jap *menangis dalam sendu*

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance