Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 11 September 2013

Rabun warna

Sebelum ni aku ada bagitau yang sorang cousin laki aku (Amir) tak dapat sambung Medic sebab rabun warna kan? Kebanyakan sepupu lelaki aku memang rabun warna. Ada sorang cousin aku (Harith) siap dapat certificate untuk digunakan sepanjang hayat. Dalam certificate tu ada contoh2 senarai kerja yang dorang tak boleh jadi.

Arwah tok rabun warna, so anak2 perempuan dia semua jadi carrier kot sebab cucu2 laki ramai yang kena. Rabun warna ni laki je, perempuan hanyalah carrier. Adik laki aku pun ada ciri2 rabun warna haha.

Rabun warna dengan buta warna adalah berbeza ye. Rabun warna kau nampak merah macam hijau, hijau macam coklat, tak reti beza hijau biru dan macam2 lagi. Buta warna adalah bila mata kau nampak semua hitam putih je, macam cerita zaman P.Ramlee haha.

Hari tu aku pergi kedai dengan Amir, dia cakap 'Amir ada beg macam warna biru tu, tapi tak pernah pakai lagi'. Aku pun nak tengoklah beg yang dia cakap tu, aku cari beg warna biru, sumpah takde weh, hijau ada la. Baru aku teringat dia rabun warna haha. So bahaya la kan nak jadi doktor, sebab urine test kan line dia warna biru/hijau.

Tapi bila buat medical check up, doctor cakap Amir rabun warna Merah. Kitorang pelik la, dia kenal je merah, rupanya merah yang dia nampak tak sama dengan orang normal nampak. Sebab dari kecil Mama dia ajar tu warna Merah, so dia kenal warna yang dia nampak tu as merah. Entah2 dia nampak tu warna yang tak wujud kat mata manusia normal haha.

Banyak jugak kerja yang tak boleh untuk orang rabun warna ni. Contohnya polis, doctor, engineer. Especially engineer eletrik, tertukar warna wire mahu meletup 1 bangunan haha. Tapi sekarang tak silap aku ada lens untuk rabun warna, which Medic UIA terima tapi UiTM tak terima.

Kadang2 orang rabun warna ni comel haha. Kelakar pun ada. Macam kawan aku punya adik, bila mewarna, gajah pun jadi warna biru! Haha tapi bila tengok overall hasilnya, we can call it art hehe. Ada sorang tu kawan aku cerita, tiba2 dia cakap 'weh tengok kucing tu, cantik gila warna hijau'. Berlari la semua orang nak tengok keajaiban kucing warna hijau, sekali tengok warna coklat -_-'' Hahaha tak ke comel?

Aku tak dapat bayangkan kehidupan orang buta warna. Orang buta apakan lagi. So tak reti2 bersyukur Allah jadikan kau normal Nadia? Alhamdulillah hee.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance