Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 8 September 2013

Minggu pulang ke Universiti.

Jumaat lepas aku pergi hantar Nadzirah balik UiTM Pucak Alam. Hahaha orang da habis belajar la oi *riak*. Hantar dia balik rumah sewa tadi sebenarnya, Sabtu ayah nak ziarah pakcik2 nya kat KL. Aku pergi ziarah Setia City Mall jewww haha

Sebelum pergi SCM, kitorang lunch dekat Aroma Hijrah, nasi Arab, dekat TTDI. Bagi aku yang tengah lapar, sedap la, worth it harga. 

Aku tengah mencapai kambing roasted yummy! Satu dulang dalam RM80++. Boleh dimakan 5-6 orang, tapi kalau jenis menketedarah, 3 orang sekelip mata boleh settle haha. Lauk boleh pilih, kitorang campur kambing roasted dengan ayam roasted. Ada sup, ada timun + tomato, ada sos cili. Sos dia masam, tak pedas. Siapa nak pedas, mintak la cili buat ulam. Cili hijau dia pun sedap oi, serangup timun.

Lepas mak ayah pakcik aku menuju ke KL, aku dengan Nadzirah and Amir pergi SCM, off course guna GPS, aku ni dalam daerah sendiri pun boleh sesat, ini kan daerah yang aneh haha. Cadang nak jumpa Tqah, tapi tak dapat jumpa lama :( Kejap je sebab dia ada hal. Tak pe lah, ada rezeki next time kite jumpe ye sayang ;)

This is Amir, cousin yang aku pernah cerita before yang dapat Medic. Btw, dia tak jadi sambung Medic, dia sambung Sains Aktuari sebab dia rabun warna. Hahaha. Gelak eh kau? Tak, aku baru tau rabun warna tak boleh ambil medic hehe. Tu nanti kita cerita lain

Malam tu lepas makan malam lauk udang galah masak lemak, aku and the cousins pergi makan Burger Bakar Abang Burn yang digempar gempurkan sodap sangat tu. Kitorang pergi dekat Section 13 Shah Alam punye jeww.

Meatball dia biasa2 je bagi aku. Tak la seperti disangkakan. Maybe branch tu tak reti buat kot, a little bit salty. Sos dia pun so-so je. Cheesy wedges dia okay. Burger beef dia aku dapat daging liat semalam, tapi sedap. Bengkok garfu oi aku nak potong! Haha. Tapi burger ayam dia sodappp. Ayam very juicy.

Lepas tu pergi Uptown Section 24 Shah Alam. Tak pusing habis pun sebab hujan. Cari casing handphone, da jumpa terus balik. Cousin aku bawa pusing Shah Alam. Waaa rindu zaman Asasi. Lalu SACC Mall, PKNS semua tu, sumpah rindu!

Pagi tadi hantar Nadzirah balik Puncak Alam, hantar Amir balik UiTM Shah Alam. Amir duduk kolej Perindu, betul2 depan kelas aku time Asasi. Apa ni? Apahal minggu ni banyak babak menggamit memori ni? Huuuu! Aku drive sampai Tapah sebab Ayah sakit kaki. Sayu sebenarnya hantar orang balik belajar ni. Mak ayah mesti lagi rasa kan, just tak tunjuk. Bukan orang yang dihantar je sedih, orang yang menghantar pun rasa tak syiokkk! Jiwa mak2 sangat aku sekarang! Hahaha. Nanti anak2 aku kita home school, home university jo lah! Hamboiihhhh! haha

Esok kerja! T___T

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance