Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 25 September 2013

Filing Borang 1 & 2 untuk Chambering

Isnin lepas aku pergi filing borang 1 & 2 dekat High Court Jalan Duta, as I said earlier, Perak Bar suruh serve sendiri borang2 tu untuk mengelakkan masalah di masa hadapan. Disebabkan aku budiman (again nak mention jugak) mari aku kongsikan sedikit pengalaman pahit getir haha aku time nak filing borang2 tu.

Thank to Allah masa hari filing tu ramai kawan2 aku dari UUM filing sekali, so kami tempuh onak dan duri bersama. Sekaligus dapat melepaskan rindu yang terpendam. Apa ke hei ayat aku geli pagi2 ni haha. Dorang memang kawan2 yang awesome, da la dekat U bagi tiru assignments haha, da kerja pun tolong bawa borang aku untuk serve dekat Bar Council and AG (attorney general) Chamber. Thank you Dira and Cha. Thank You Kak Bell bawakan dorang ke sana hehe. Ok cukup sampai di sini kata2 penghargaan haha

Pagi Isnin tu aku sampai awal, around 8am. Di-recommended-kan datang awal sebab nak tunggu giliran tu sempatlah pergi breakfast sambil mengumpat hueheuhue. Kalau datang lambat nanti risau kena tunggu sampai lunch hour sebab kaunter tutup pukul 12.30-2pm for lunch hour, and tutup setiap hari 3.30pm if I'm not mistaken.


  1. First of all pergi kaunter bayaran (GF, left side of the court) untuk bayar for angkat sumpah (RM4). Then pergi kaunter angkat sumpah (behind kaunter pertanyaan), dia akan cop dekat affidavit form. *pastikan korang isi form betul2 sebab sekarang dorang takde masa nak cek form korang. So kalau salah, takut da settle semua baru realise or baru clerk bagitau *pffft*
  2. Then pergi kaunter e-filing (opposite kaunter bayaran) untuk ambil satu form (kakak kerani akan terangkan how to fill in the form). Lepas isi pergi kaunter tu balik and ambil nombor. Da ambil nombor pergi kiosk (machine) untuk bayar caj perkhidmatan kot. (RM50). Sementara menunggu nombor dipanggil (aku tunggu dekat 2 jam pffft) boleh la bersembang dengan kawan2 bergosip bergelak ketawa biar orang lain annoying haha.
  3. Bila nombor dipanggil pergi dekat kaunter for the clerk to scan all your documents. Then tunggu lagi untuk dapat slip bayaran dari kaunter 17. Da dapat slip pergi kaunter bayaran balik untuk buat pembayaran (RM192).
  4. After that, invoice tu korang pulangkan dekat kaunter e-filing nombor 18.
  5. Pergi naik ke RKKK (2nd Floor, right above kaunter bayaran), then the clerk will tell your petition number)
  6. Turun bawah sekali (dekat cafe) pergi cari kedai buku, then kakak tu akan fotostatkan apa yang perlu (she already know how many copy, just inform her that you are chambering student) (RM11.20)
  7. Naik balik RKKK untuk bagi 32copies of borang 2. Then sambung melantak dekat cafe haha.
  8. Akan ada 4 copies of Borang 1&2, and all the lampiran with you together with original copy. Original copy mesti always with you sampai akhir hayat haha I mean sampai habis chambering.
  9. 3 copies of that kene serve each one dekat Bar Council, AG Chamber and State Bar respectively. Bila da serve dorang akan cop penerimaan dekat belakang original copy. (Yang ni Dira serve kan untuk aku sebab aku berlari tipu naik train sebenarnya nak balik Perak sebab Selasa aku kerja T___T
Then selesai for borang 1&2, aku setel hari tu dalam pukul 12pm, 4 jam oi! (fuhhh Alhamdulillah). Jangan lega lagi sebab masih ada borang 3,4,5,6,7,8 dan segala affidavit penyampaian dan bla bla bla untuk di-settle-kan hahaha. Kau ingat senang nak jadi lawyer? haha

Sekadar renungan (tiba2 ada tazkirah): Aku pelik dengan sesetengah manusia ni. Kadang2 sombong tak pepasal. Kadang2 yang kerja dekat bawah yang over, orang berpangkat Jusa humble je aku tengok. Aku bukan nak merendahkan pekerja bawahan, siapa pun engkau, engkau kena pandai hormat orang. Tak kira la kau gred 54 ke gred 17 ke, hormat orang is a must. Kita hidup bermasyarakat, memerlukan each other.

Anjing pun tak menyalak tak tentu pasal. Rimau pun tak menerkam kalau kita approach cara baik. Kan? Jangan fikir kau sorang je stress, konon kau sorang je berkerjaya. Be professional. Kerja kalau ikhlas, manis muka, beradab boleh jadi ibadat. Tahu?

4 comments:

  1. haha mls nk trnsfer kt desktop ni. nnt nadia whtsapp kak bell eh ;)

    ReplyDelete
  2. blog walking n just wanna wish u.. happy berchambering!!! :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance