Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 4 September 2013

Chambering mode activated

Isnin lepas aku masuk kerja balik dekat tempat lama aku praktikal. Akhirnya setelah segala onak dan duri memikirkan nak chambering dekat mana, setelah berbincang dengan keluarga dan kawan2, aku pun decide nak chambering dekat sana je. 

Dekat sini aku belajar conveyancing la mainly. Ada jugak buat wasiat, buat kes trespass. Yang best duduk sini adalah rumah dekat. Masuk kerja pukul 9, 8.15 baru alarm aku berbunyi lagu Maroon 5 haha bahagianya lepas Subuh tak payah fikir nak travel bagai. Alhamdulillah aku tak pilih Ipoh, dan2 minyak nak naik 20sen seliter. Pffft! Kalau tak, duit elaun aku ibaratnya disumbatkan dalam tangki minyak. 

Semua cakap belajar kat mana2 pun sama. Tak semestinya kau pergi firm yang gah, kau belajar banyak. Non hadoooo! Sana lagi la semua lawyers busy tak duduk office. Semua berbalik kepada kita, antara nak belajar ke tak. Ada setengah orang takkan mengajar selagi kita tak bertanya, so rajin2 la bukak mulut ;)

So far aku duduk firm sekarang ni, takde masalah. Staffs semua lebih dari okay. Boss boleh bawak bergurau ;) Lawyer pun boleh buat main haha. Clerks semua ramah, and very helpful. Aku paling muda dalam office tu, auwww auwww haha.

Duduk sini tengah hari aku balik makan dekat rumah, jimet haha.

Oh sebenarnya aku tak filing untuk chambering lagi, procedure nak filing pun aku tak tahu haha. Release letter pun UUM tak keluarkan lagi sebab tak dapat result practical hari tu lagi. Pffft apa ke lambat benor! Ingat aku suka ke nak kerja kalau tak filing lagi sebab selagi tak filing tak kira as chambering. Kiranya sekarang ni aku macam berkhidmat untuk masyarakat la, berbayar la jugak haha.

Ada orang cakap aku workaholic haha. Sebab aku merungut kat dia bosan kalau takde kerja, and aku suka bila kerja aku banyak. Tapi betul la, korang duduk pejabat takkan nak bukak Twitter, FB dari pagi sampai petang? Bosan kot, unless ada movie haha.

Aku pagi2 bangun bila teringat kerja atas meja, aku rasa seronok nak pergi kerja. Tapi kalau bangun pagi tau takde kerja yang menunggu, aku da rasa bahang kebosanan dia, time mandi pun da rasa bosan haha. Bila lawyer bagi task pukul 4.55, aku rasa nak siapkan sebelum balik jugak walaupun dia bagi untuk esok sebenarnya. Aku tak suka tangguhkan kepercayaan and amanah orang kat aku hehe

Hope aku baik2 je 9 bulan ni. Baik dengan staffs, baik dengan clients, baik dengan documents and all procedures, baik dengan staffs kerajaan haha.

Siapa nak beli rumah ke beli tanah ke, tanah kene ceroboh ke, boleh la jumpe aku lepas ni hahaha.

Next week kalau aku da dapat office sendiri nanti aku update dari office bahahaha kalau tak busy la ;P

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance