Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 15 August 2013

Percy Jackson & The Conjuring

Semalam aku bawa adik2 tengok wayang *kakak mithali* Sebenarnya Nadzirah yang paksa aku bawa T___T Tu la, ada lesen pergi frame kan haha. Cousins aku pun ada.

Ya Allah semalam ramainya gila manusia kat JJ tu, manusia gilapun ramai. Aku tak faham la dengan trend budak2 baru nak up ni, bergaya tak kena tempat dik non oiiiii. Nasib baik la Hafiz biasa2 je pakaian dia, takde nak berantai, pakai shade, seluar skinny, rambut Korea, bawa DSLR. Aku bet lagi 10 tahun bila dorang tengok balik gambar dorang yang sekarang, mesti dorang rasa nak bunuh diri haha. Pakai tshirt, jeans dengan selipar sudehhhh. Eh nak cerita pasal movie,termengumpat pulak.

Nak beratur beli tiket ada la dalam 500m. Aku tak beratur, jangan harap. Aku pergi beli Chatime dengan Auntie's Anne, makan dengan bahagia, siapa suruh ajak aku haha. Dorang memang nak tengok The Conjuring, tapi tiket sold out. Tak faham aku kenapa semua nak tengok cerita hantu, aku rasa nak sujud syukur bila tau tiket habis. So beli Percy Jackson; Sea of Monsters.

Sementara tunggu movie start, dorang bincang nak tengok Conjuring pukul 7 lebih, lepas tanya parents masing2, dorang gigih pergi beratur beli tiket Conjuring pulak. Sabar je la aku dengan budak2 ni.

Percy Jackson bagi aku best. Orang yang suka berfantasi macam aku ni, suka la cerita2 merepek macam tu. Memang merepek pun jalan cerita dia. Padia ada anak kacukan tuhan dengan manusia, pfffttt. Tapi untuk tengok suka2 best la. Sea of Monster tu kononnya Segi Tiga Bermuda. Selama ni yang hilang dekat Bermuda Triangle sebab kena telan dengan monster, kononnya -_-''. Orang putih ni suka buat mitos. Kau rasa zaman paleolitik semua tu betul wujud ke? Macam mana dorang suka tipu kita dalam movie, macam tu la dorang tipu kita dalam sejarah. Aku pun bodoh percaya haha

Then tengok The Conjuring. Perghhhh cerita ni mengundang betul. Effectnya kau tengok aku tak boleh tidur. Dia cerita *nak cerita pun seram*, pasal 7 sekeluarga kena kacau dengan roh2 jahat dalam satu rumah. Ada sepasang suami isteri tolong halaukan hantu. Suami dia macam Uncle Seekers, isteri dia ada 6th sense. 

Ekstrem weh cara dorang kena rasuk. Ala2 cerita Exorcism. Cerita ni 18 tahun ke atas je boleh tengok, memang patut pun, aku yang da 23 ni pun kecut (kau penakut memey la haha) Siapa yang mengandung ke, sakit jantung ke, baik tak payah tengok, susah pulak ambulans nak datang bagai haha

Ramai kata cerita ni best, yela penuh oi semalam dalam wayang, aku duduk 4 dari depan. Tu yang tanggal spek ke, tengok melalui celah2 jari ke, tetap nampak dengan jelas *benci*. Best padiaaa, seram kot. Habis cerita tu 9.15 malam. Nak drive balik rumah pun aku terbayang-bayang. Eeee benci la cerita macam ni. Kata based on true story, sejauh mana true nya aku tak tahu. 

Aku lagi sanggup tengok Percy Jackson 10x dari tengok Conjuring. Bagi tiket free pun aku koyakkan je haha. Kalau korang minat cerita seram, recommended tengok. Kalau korang jiwa tak serius macam aku, tengok la Percy Jackson. Kalau korang ada jiwa cartoon, jom tengok The Smurfs 2 nak? Kau belanja haha

Da la,nak sucikan balik otak aku, tengok Madagascar jap. Siapa paksa aku tengok cerita seram lepas ni, aku hunus (hunus kauuu) dengan pedang. Calooooo 

2 comments:

  1. the conjuring sangat win weh. aku tgk dua kali sb yg first aku tgk suku cerita je, lain semua tutup muka. hahaha. yang second baru aku yakin tengok semua. baru aku nampak hantu dia rupa macam mana. lol

    ReplyDelete
  2. aku tgk dr celahan2 jari. ahaha. win gila kan, ala2 exorcism daaa

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance