Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 1 August 2013

Meraikan habis praktikal di Hotel Syuen, Ipoh.

Semalam aku habis praktikal. Syok bukan main, pukul 4.30 turun tangga office siap nyanyi2 girang. Tapi sedih ada jugak, walaupun baru sebulan kenal staffs kat sana, tapi dorang semua baik2, sangat helpful, boleh gurau sama2. Dengan lawyer aku buat main je. Boss kat sana pun tak buat kita stress.Tapi maaflah Puan Rose, bukan saya taknak sambung, tapi memang taknak haha. Saya nak berbakti kepada keluarga kejap sebelum start chambering pulak.

Lepas Asar aku menuju ke Ipoh, nak iftar dekat Hotel Syuen. Kemain, padahal ada orang belanja haha. Makcik aku ajak pergi, sekali dengan anak2 murid dia, budak IB MCKK. Haruslah berkenalan dengan budak2 yang bakal fly ke oversea. Bukan la nak jadikan anak ikan pulak, dorang tu 4 tahun muda dari aku oi. Just nak pesan beli kan wallet Fossil and sling bag Zara dari sana tanpa caj pengeposan hahaha.

Buffet dekat Syuen sorang dewasa RM30, kanak2 RM18. Banyak jugak pilihan makanan, tapi rasa so2 je. Amount aku makan semalam adalah anggaran dalam RM10.35 sahaja. Orang macam aku memang rugi bawa makan buffet.

Sekarang aku tengah sibuk uruskan report praktikal. Pffft. Pening kepala otak aku. Tak sabar nak Sabtu nak serahkan untuk di-bind-kan. Then pos, hah hilang beban.

Da la, nak siapkan sisa2 report. Tak haman hidup aku selagi tak siapkan perkara2 yang remeh itewww.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance