Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 24 August 2013

Interview for Chambering

Semalam aku pergi interview untuk chambering dekat Ipoh. Sebanarnya, inshaAllah aku da ada tempat, saja pergi interview nak gain experience lagi. Lagipun orang da panggil datang interview kan, kekwat sangat tak nak pergi.

Yang interview aku owner firm tu sendiri, dari pandangan mata kasar aku, baik orang nya. Bila dia tanya soalan, aku jawab la. Sampai satu tahap tu dia cakap 'Ok stop2, interview budak law saya terpaksa cakap stop, sebab korang boleh cakap 3 jam tak berhenti' Hahaha. Aku rasa aku tak cukup cakap lagi tu.

Medium bahasa yang digunakan, campur Malay English. Kalau dia tanya bahasa Melayu aku jawab la dalam BM, and vice versa. Kadang2 jawpan dia aku tak sure sangat pun, tapi konfiden je jawab siap kadang2 tangan tergera-gerak skali -_-. Sebenarnya time interview try tak gerakkan tangan terlampau banyak, terlampau laju dan tergawan-gawang macam nak capai ceiling pejabat. Nanti mata interviewer fokus kat tangan je pulak haha.

Setiap soalan korang jawab je walaupun korang tak sure. Kadang2 dia bukan nak dengar jawapan, dorang just nak tengok way of communication kita and kekonfidenan kita. Communication skill is very important for first impression. Walaupun kalau gred tak berapa bagus, tapi kalau korang boleh yakinkan kan dorang yang korang bakal menjadi pekerja yang terulung, then you are good enough compared to best student in University but cannot talk well.

Sebelum pergi interview, baca la apa2, baca bukan maksudnya jampi pulak haha. I mean ambil tahu background syarikat tu, hal semasa.Hal semasa tak termasuk keputusan EPL ye, unless korang interview untuk ganti Raja Gopal haha.  Kalau korang interview untuk position lawyer, kena tahu basic essence and etiquette of lawyer.  Karang dia tanya apa tugas lawyer pun mengagap nak jawab. Soalan senang, tapi ingat, cara jawab and penyusunan ayat tu penting hewhehew

Chambering ni sebenarnya benda yang memeningkan kepala hotak haha. Dilema gila aku nak buat kat mana. Nak buat dekat Ipoh/ Taiping runsing nak berulang, dengan kos lagi. Nak buat dekat Kuala Kangsar risau tak banyak belajar sangat, nak buat dekat Kuala Lumpur runsing dengan kehidupan dekat sana. Ha nampak tak masalah aku? Haha

Lepas tu nak fikir nak filing untuk chambering nun ke Jalan Duta. Nak fikir kene pergi courses dekat ILKAP dalam masa chambering ni. Pffft. Law ni bukan study je susah, da habis study pun susah haha. Takpe2, susah2 dulu, pakai Lamborghini kemudian kah kah kah.

Doakan Allah permudahkan segala urusan aku.

Mak pesan, 'Nadia da masuk dunia kerja ni, jangan layan laki sembarangan, especially laki orang' 

Hahahahahahaha. Mintak jauh.

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance