Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 21 August 2013

Cop jari susah detect

Semalam aku pergi buka akaun Tabung Haji, da tua kan diri baru ada kesedaran nak buka akaun Tabung Haji sendiri. Selain niat nak kumpul duit pergi haji (buat kira2 dalam hati kalau kumpul RM1 bila agaknya aku dapat ke sana), Tabung Haji ni bagus sebab susah nak keluar duit. Memang la sekarang boleh link ke Maybank la Bank Islam la, tapi aku tak link kan pun, sebab kalau aku link kan, alamatnya keluar pintu Tabung Haji, masuk pintu sebelah. (Tabung Haji dengan Maybank berjiran dekat Kuala Kangsar ni)

Aku suka tengok staffs Tabung Haji kat sini, semua ramah je layan orang, setiap yang datang kaunter akan di approach dengan salam dulu. Semalam ramai gila mak bapak masukkan duit raya anak2. Aku tau duit raya sebab semua duit seringgit haha. Yang bawa duit syiling pun ada yang bawa sepeti haha.

Sampai turn aku, bila dia keluarkan mesin thumbprint, aku da gelabah sebab aku tahu jari aku ni masalah sikit. Susah gila mesin thumbprint tu nak scan jari aku, tak boleh detect. Sebab tu dulu aku marah kerajaan buat sistem attendance guna thumbprint sebab sumpah sepanjang hayat attendance aku zero sebab tak boleh detect (emo macam aku kerja kerajaan haha)

So berusaha gila la pegawai tu nak scan jari aku, da lap jari dengan tisu sampai tisu lunyai, still tak boleh detect. Last sekali dia give up, dia panggil bos Tabung Haji cawangan Kuala Kangsar. Rupanya, kalau customer punya cop jari tak boleh guna, akaun kita akan guna cop jari bos dia. Makanya, akaun aku guna cop jari dia. Da la muka dia macam Bong Mokhtar, so kalau ada orang keluarkan duit aku, aku tahu nak cari siapa haha. Bos pun jenis baik, senyum je :)

Lepas tu aku cerita kat parents aku, ayah cakap memang ada orang yang tak boleh detect cop jari dia, client ayah ada macam tu. Kawan adik aku lagi rare, jari dia takde garis2 halus, licin je haha. So lega la sikit, aku ingat aku sorang je alien dekat dunia ni. Senang la nak merompak ke mebunuh ke bahahah just kidding, jangan takut dengan aku pulak lepas ni. Hehe

Aku tak tahu sebab2 dia, tapi dari pemerhatian aku dekat jari sendiri, maybe sebab garisan dekat jari2 aku jenis nipis, so nak serata dengan kulit maka susah nak detect.

4 comments:

  1. kulit mulus seperti bayi rupanya nadia. haha ok takde kaitan

    ReplyDelete
  2. haha. sbb slalu touch screen kot, jadi menipis haha

    ReplyDelete
  3. hi..u pnya problem same with me. so, how u solve this problem. i need to know. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i dont have the solution. sorry cant help hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance