Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 8 August 2013

Aidilfitri 2013

Lamanya tak update blog, sejak habis praktikal aku busy bebenor. Siapkan report praktikal, siapkan biskut raya, kemas rumah. Memang takde masa nak mengadap blog ni. Banyak benda nak cerita tapi takde masa, I hate me. Haha

Di kesempatan ni aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang baca blog aku. Siapa yang tak baca, macam mana nak tahu aku wish raya kan? haha. AMPUNKAN segala salah silap, terkasar bahasa, terlebih gurau, kalau ada entri2 aku yang menyinggung perasaan sesiapa. Sesungguhnya aku manusia biasa, tak lari pada dosa, yang sengaja atau tak sengaja. Hiks

Tak sangka tahun ni aku dapat duit raya lagi bahahaha. But it might be my last raya to receive duit raya *sobs* Maka haruslah kutip ke seluruh pelosok Perak haha. Sedare2 semua bising kenapa aku da besar dapat duit raya lagi, padahal dorang yang bagi, amaun paling banyak antara cousins yang lain pulak tu bahaha Tula, siapa suruh jadi budak kecik yang takde komitmen hehe. Aku kan cucu sulung hehe. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi ;)

Terimalah gambar raya yang aku curi dari pakcik aku. Ramai sangat nak bergambar dengan aku tadi, sampai tak tahu gambar aku ada kat siapa hehe.

Cik Zaid & isteri serta anak2 buahnya. Tengok adik laki aku buat perangai -_-''

ayu ke tidak? haha

*Ramadhan tahun depan la aku cerita pasal Iftar dengan FREMMIN dekat Seoul Garden.
** Hope Allah sampaikan kami sekeluarga ke Ramadhan yang akan datang dalam keadaan sihat walafiat, coz I never feel I gave enough for Ramadhan, especially this year :( But I know bulan2 yang lain pun kena cukupkan ibadatnya :)

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance