Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 11 July 2013

Tahniah Amir!

Kalau korang perempuan, and da baca blog aku sejak 2 tahun lalu, korang ingat kot aku pernah pasal cousin aku nama Amir yang dapat excellent dalam SPM. Tapi kalau korang laki, kemungkinan nak ingat tu mungkin tipis sebab kebanyakan laki yang aku kenal, tak banyak benda dorang boleh ingat (haha sempat kutuk)

Dia baru habis Asasi Science UiTM April lepas. Hari ni dapat keputusan UPU, Alhamdulillah dia diterima masuk as Medic student UiTM dekat Sg. Buloh. Dia baru je balik undergo pre-medic course dekat hospital yang sama 2 mingu lepas. Rezeki dia, dan Allah bayar segala usaha dia.

Dia rajin woihhhh! Hari2 belajar okayy. Da habis pre course semua tu pun, bila Mama dia nak kejut solat Subuh, tengok dia tengah membaca. Apa masalah budak ni aku tak tahu, kena sampuk hantu library apa haha. So tak terkejut la dia dapat Medic. Padahal time dia sekolah rendah, dia budak biasa2 je. Lepas dia masuk sekolah berasrama penuh time Form 4, nampak la tekad and usaha dia.

Aku pelik dengan orang berdisplin ni, sebab aku tak reti nak berdisplin, hangat2 tahi ayam boleh la haha. Amir anak susuan mak aku, satu susu dengan Nadzirah, adik aku. Nadzirah pun berdisplin. Nadzirah pun now belajar bawah Medic line, Occupational Therapy. Apa beza susu time aku dengan susu time Nadzirah? Adakah ini satu konspirasi? Hahahaha. Tak payah nak salahkan susu Nadia, salahkan diri sendiri! Lagipun, Sciences really ain't my things, neither do Law! Haha. Time belajar I questioned myself 'Why Law?', da habis belajar pun I keep asking myself same question,again and again, and I don't know when I can stop it. *Ketawa sambil nangis haha.

Tahniah Amir, akhirnya kamu yang berjaya lunaskan impian Tok, walaupun dia da takde kat dunia ni. Mungkin Allah sampaikan berita ni kat dia, siapa tahu? Dulu dia harapkan Cik Heidy tapi Cik Heidy taknak ambil Medic dekat Unimas. Then Tok harapkan Ayong pulak, memang salah orang la haha T___T. I'm proud of you, betulkan janji Allah, setiap yang berusaha pasti ada ganjarannya :)

Walaupun sekarang ramai bising budak Medic terlampau ramai, melebihi keperluan negara. Bising takut masa depan, doctor pun tak terjamin ada kerja. But don't you worry, belajar je, niatkan menuntut ilmu kerana Allah, nanti nak membantu masyarakat pun kerana Allah, plus rezeki pun di tangan Dia kan? Jangan fikir apa orang kata, mana ada orang boleh predict future, ingat tu. Just keep striving and praying. For now, this is your best fate, and your future seem so bright, inshaAllah. Ayong prays for you :)

Selamat belajar, selamat main dengan darah orang, dengan otak orang, dengan tangan yang tercabut. Erk! Haha Bila fikirkan darah bergelen-gelen, takpela aku sanggup kena kunyah Acts lagi hahaha -_-''

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance