Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 19 July 2013

sembang sorang2 #14

Da lama tak sembang sorang2 dekat sini. Rindu dengan diri sendiri *gila* Sejak kerja ni, I rarely have my own time with my ownself (?). Pagi sampai petang menghambakan diri di firm, petang terpenyek depan TV tunggu berbuka (Alhamdulillah, da 3 hari aku berpuasa. Eh? Bahahaha). Malam solat, kemas bilik, spend time dengan family, kemas dapur. Naik katil je terus tidur, tak sempat nak belai diri sendiri, nak ucap terim kasih kerana jadi awesome untuk hari tersebut pun tak sempat bahahaha.

Lagi 8 hari je aku nak praktikal *sujud syukur*, tapi manager Firm aku macam suruh extend sampai raya, aku cakap, aku fikir dulu, padahal dalam hati da tau da jawapannya; big NO haha. Tolonglah bagi aku rehat sebelum aku chambering bulan 9 ni. Chambering ni pun satu masalah hidup, aku tak pilih lagi nak buat kat mana T___T

Kepada adik2 yang tengah belajar, ye ahkak tahu belajar itu bosan, tapi ketahuilah adik2 bahawa kerja 20x lagi bohsan dari ittewww. So janganglah terkinja macam ahkak dulu tak sabar nak habis belajar, gunalah masa belajar yang ada untuk belajar dan berseronok kerana bila da berkerja, perkataan seronok ibarat tidak pernah wujud. Gitewww.

Macam tak seronok sangat pulak bunyinya haha. Takde la bosan gila, bosan kalau takde kerja je. But bila bangun pagi kau terus teringat komitmen, bila nak tidur terbayangkan tanggungjawab hari esok, ia adalah sangat hambar untuk aku yang banyak main ni haha. This is the point untuk aku tukar tagline blog aku jadi; Aku Rasa Aku Serius kot hehe.

Bila kerja, aku suka banyak kerja, dari takde kerja (berdedikasi la kunun). Bila takde kerja, kau nak tunggu habis office hour bagai nak tunggu Arjun Rampal masuk meminang, nak gila rasanya menunggu haha. 

Sekarang belakang office aku ada ekspo jual baju2 raya, mak aiiiiii, mengundang sungguh. Surau betul2 belakang khemah2 ekspo, tengah2 sembahyang dorang pasang lagu dangdut, heyy elak aku terjoget je.

Selamat masuk ke minggu ke-2 Ramadhan. Semoga kita terus istiqomah dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Sekarang ni banyak terbukti yang orang kita anggap alim, sebenarnya tak. Orang yang kita anggap gelong tu la sebenarnya paling banyak ibadatnya pada Allah. Dont judge people by their external appearance. 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance