Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 26 July 2013

Persiapan Baju Raya

Perak cuti hari ni. Apa? Kome tak cuti? hahaha. Bertabahlah berkerja, esok aku pulak kerja half day :( Persiapan raya da siap? Tarawikh full tak? Al-Quran da khatam? *terasa*

Ni nak cerita sikit pasal baju raya hehe. Dari kecik, memang da biasa beli baju baru time nak raya je, stok setahun punya. Dulu kecik2, baju kurung sepasang je sebab aku tak suka pakai baju kurung, aku suka pakai baju melayu tshirt dengan jeans je. Baju kurung mesti sama dengan Nadzirah pulak tu, biasalah mak2, bila dapat pakaikan anak baju yang sama, bangga dia lain macam sikit. Siap la aku ada anak nanti haha

Bila da besar, da pandai pilih sendiri, jangan haraplah nak sama dengan adik, hey apa kerlasss haha. Makin besar baju kurung pulak makin banyak, walaupun mula2 protes hari ke-2 raya taknak pakai baju tradisional da, mak mesti ugut 'takde orang nak meminang nanti baru tau'. Oiiii takut dengar, terketar-ketar siap hahaha. Tapi da beberapa tahun time raya lagi banyak pakai baju traditional dari jeans sume, takde jugak orang masuk minang, mak pengtipu bahaha.

Selalu baju kurung tempah, ada yang beli siap, tengoklah keadaan. Tapi tradisi (tradisi ke?) pergi beli tshirts and jeans takkan dilupakan. Aku lagi excited beli jeans dari baju kurung haha. Aku jenis orang yang tak kisah brand, cantik and sedap pakai jadi la. Ada satu seluar tu aku beli RM60 je, da 4 tahun aku pakai, elok lagi.

Tapi tahun ni, jeans je pilih sendiri. Baju mak da siap belikan baju muslilah punya. Haaa amek kauuu! Hahaha. Mak bising2 sebelum ni suruh pakai baju labuh aku diam kan je, sekarang dia da diam sebab diam2 dia belikan. Tunggukan kemunculan aku dengan busana muslimah. Gituhhh haha.

Baju raya aku tahun ni; Baju kurung Pahang 1, Baju kurung moden 2, Jubah 1, Jeans 2, Tshirt 3, tudung 3, Kasut sepasang. Meriah ke tidak? Haha. Aku kalau ikutkan baju kurung 1 cukup la, mak yang belikan lagi satu. Baju yang tempah untuk grad katanya. Aku sumpah tak terfikir langsung nak buat baju grad ke apa, pakai je la baju apa2 pun, janji aku berbaju, tak gitu? Haha.

Semalam pergi JJ kad day, mashaAllah manusia punya la banyak, mana datang entah, kuar dari kubur apa. Aku memang tak suka la benda2 crowded macam tu, tak dapat sale pun takpola. Lepas tu setiap RM100 pembelian, boleh redeem voucher RM10, tapi nak beratur redeem tu, boleh habis 20 rakaat tarawikh. Aku cakap kat mak, tak payah, jom balik. Haha nasib la shopping dengan orang yang tak suka menunggu, tak suka berebut and tak suka crowded macam aku ni. Diva kennn :D. 

Salam Jumaat, Salam Nuzul Quran. Da la hari Jumaat, nuzul Quran, bulan puasa pulak tu. Apa lagi, jom shopping pahala?

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance