Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 15 July 2013

kewarasan keinginan kehendak keperluan

Apa rasanya jadi semut?
Apa rasanya jadi burung yang bebas terbang?
Apa rasanya jadi penguin yang terkedek-kedek di kutub(err mereka duduk di kutub utara ke selatan)?
Apa rasanya jadi babi yang selalu dicemuh masyarakat?

Aku teringin nak bawa kereta laju2 atas jambatan lalu terjun ke dalam laut bersama-sama kereta. Bukan, bukan nak bunuh diri. Tapi nak rasa feeling tu, selepas kereta aku tenggelam 5 saat, muncullah kembali di permukaan air lalu meneruskan perjalanan atas jalan raya.
Aku teringin nak bawa kereta Formula 1, selaju yang aku boleh. Lantaklah langgar penghadang pun, kereta dan baju tu safety habis. Kan?
Aku teringin nak terjun dari helikopter atau kapal terbang, tanpa sebarang payung terjun or whatever, dan mendarat atas padang dengan relaks dan terus berjalan pulang ke rumah
Aku teringin nak backpack ke seluruh dunia, seorang. Tak dapat ke seluruh dunia, seluruh Malaysia pun jadi la, ye dak?

Aku nak beli samada kereta Ford Fiesta, Kia Rio or Mazda
Aku nak beli Samsung S4 or Sony Z
Aku nak beli Ipod touch or MP4 Sony
Aku nak beli sling bag Zara, wallet Fossil, jam Casio

Inilah manusia; yang tidak pernah puas, yang penuh angan2, yang bernafsu, yang tidak tahu bersyukur.

Sebenarnya aku boleh je bergerak dengan kereta Perodua Kelisa
Sebenarnya aku cukup dengan Nokia 3310
Sebenarnya aku boleh puas dengan MP3 yang sedia ada
Sebenarnya aku boleh waima ke London dengan sling bag dan wallet dari Padang Besar, Perlis.

Apa kau lupa pada mereka yang hanya bergantung pada kenderaan awam?
Apa kau lupa pada mereka yang hanya ada telefon awam?
Apa kau lupa pada mereka yang hanya menikmati suara sendiri sebagai muzik?
Apa kau lupa pada mereka yang menyimpan duit dalam sapu tangan yang diikat kemas?

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance