Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 29 July 2013

bagaimana pulak nasib kita?

Pukul 10 lebih malam semalam, kami dapat berita Tokcu da pergi menghadap pencipta-Nya. Kami sedia maklum keadaan dia yang da kritikal akibat barah hati (sama dengan sakit arwah Pah :( Tokcu adalah pakcik kepada Ayah. Sabtu lepas family aku sempat melawat Tokcu kat Hospital Penang.

Pagi tadi aku off kerja nak ziarah arwah Tokcu for the last time. Alhamdulillah dia meninggal di bulan yang baik, dia pun Imam, so marilah kita berdoa dia ditempatkan di sisi orang yang dikasihi Allah. Al-Fatihah.

Setiap kali aku terima berita kematian or pergi zaiarah arwah, mesti aku terkaku. Banyak yang bermain dalam fikiran aku.

Time dikafankan, dimandikan, dimasukkan ke liang lahad, apa yang jenazah rasa? Macam mana nasib aku nanti? Bila aku akan pergi? Mampu ke aku jawab segala soalan2 Malaikat nanti? Cukup da ke amalan aku? Sempat ke aku mengucap untuk terakhir kalinya?

Aku tahu soalan2 ni semua akan terjawab dengan sendirinya, terjawab bila aku sendiri da tak boleh nak bagitau apa jawapannya. Aku tahu Iman dan Takwa je yang boleh jadi good preparations untuk aku.

Betul lah, kematian boleh menginsafkan. Bila nampak van jenazah berlalu pergi ke kubur, kita tahu itu a very final goodbye untuk arwah. Bila liang da dikambus, kita tahu there is no way we can meet again with him in this dunya. Kalau baik amalnya, jumpa la kat syurga. Kalau tak?

Kematian buat kita sedar, nothing lasts forever here. Anak, harta, pangkat, darjat, semua ditinggalkan. Semua pinjaman.

Dari pandangan mata kasar aku, Tokcu punya anak2 yang soleh. Dorang sangat redha, tenang je muka masing2 uruskan arwah. Anak lelaki perempuan sama2 mandikan ayah mereka buat terakhir kalinya, sama2 solatkan. Aku tak nampak dorang nangis, respect. 

Mustahil tak sedih ayah meninggal kan. But dorang percaya yang ini yang terbaik untuk Ayah dorang, dorang percaya pada qada dan qadar Allah, dorang percaya satu hari nanti dorang akan jumpa kat dunia yang abadi, dorang percaya hubungan dorang tak terputus setakat ni je, dorang percaya doa akan mengikat silaturahim antara mereka dengan lebih erat.

Itu la pentingnya ketua keluarga dalam mendidik anak2, sebab doa anak yang soleh akan dimakbulkan Allah.

Wallahualam

Takziah untuk keluar Tokcu.

Innalillah.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance