Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 26 June 2013

World War Z

Pagi tadi aku teman Ros pergi MRSM lama kitorang, dia ada interview untuk cikgu ganti matematik. Sampai je sana, semua kenangan lama menggamit kembali haha macam cucu A. Samad Said ayat aku. Rindunya. Tengok kelas rindu, tengok pondok guard rindu nak outing naik bus Red & Yellow yang da nazak, tengok cafe rindu kalau DS masak tak sedap pergi beli dekat cafe (mengadanya demand).

Nampak Cikgu Ali teringat kantoi tak pergi assembly pagi. Nampak Cikgu Suriati teringat kena denda 1 floor beratur depan dewan time orang riadah. Tengok gambar Ust Ruzaini teringat dia letak nama aku jadi ketua kumpulan tadarus Al-Quran (tadarus? al-Quran? you are kidding, are you Nadia?) time bulan puasa sebab setiap kali dia panggil nama aku dekat Surau, mesti aku takde haha -_-''. Nampak gambar Ust Kushairi teringat kena sembahyang jemaah atas jalan tar hahaha. Nakal jugak aku kat sekolah, ingat baik sopan santun dan berbudi pekerti hahaha.

Tadi terjumpa Abang Bob, dia ingat lagi kitorang. Dia cakap 'Yang diam2 Abang Bob tak perasan sangat, mulut macam korang ni memang senang nak kenal'. Haha sarkastiknya. Da2 la tu menggamit -_-'' kenangan lalu.

Then kitorang terus pergi Ipoh. Lama tak dating dengan Ros. We are the most happy lesbian couple. Kahhhhh! Lepas makan2, tengok wayang. Semalam ternampak dekat Meletop (rancangan yang Neelofa elok lah pergi tanam sayur dari mengacara tu) yang WWZ ranking 1st. Dilema betul tadi, WWZ ke Monster University? Tapi disebabkan kami da matang kennnn, haruslah tengok cerita matang (padahal dalam wayang da bisik nanti nak tengok Monster University pulek haha).

Cerita WWZ is awesome! Berbaloi untuk RM10. Dia cerita pasal virus yang buat orang jadi zombi. Please jangan bayangkan zombi Kg. Pisang kalau taknak turn off sebelum pergi tengok haha. Aku berani bagi jaminan cerita ni best. But compare to Battleship, aku lagi suka Battleship. If battleship aku bagi 4.8/5, WWZ 4.5/5

Salah satu scene cerita ni dekat Palestin, which dorang mark as Israel. If i'm not mistaken, dalam cerita ni dia bagitau yang Jewish bina tembok besar tu sebab taknak that Zombies masuk kawasan dorang, which at last, Zombies tu dapat panjat tembok tu haha. Zombies yang jalan terkenkang-kenkang tu pun dapat masuk, so satu hari nanti orang Islam pasti dapat 'masuk' balik sana :D

Geli oh tengok Zombies tu banyak2. Banyak gilaaaaaa! Sebab dia virus yang berjangkit melalui gigitan. Kalau aku dalam situasi tu, sumpah Zombie tu tak jadi gigit aku, sebab aku meroyan kegelian tengok dorang sampai dorang pun ngeri nak gigit aku haha plus suara aku yang boleh buat dorang pecah T_T


Go and watch. Get a life, jangan memerap je dekat rumah haha tetiba sangat. Aku da lama gila tak tengok wayang, bila dapat tengok tadi, rasa macam ahhhhh akhirnya I get my life back, even I believe it is  only for temporary T___T

Review Lone Ranger pun macam best, ada Johnny Depp juolllsssss. Despicable Me 2 WAJIB tengok sebab minion comel MashaAllah, kalau aku dapat bela 3 ekor, aku da taknak da bela anjing hahaha Kau gila Nadia, dua2 yang kau nak bela is  beyond impossible. Ada lagi satu cerita ala2 Transformers, tapi aku lupa tajuk, tu pun sangat tempting.

Nadia, hidup kau ni nak berseronok je eh? Seronok je yang aku tunjuk, yang tak seronok aku filemkan dalam hati. Kyaaa Keh Henaaaa, Nadia puitis! Haha

2 comments:

  1. ooo ketua tadarus, takde ustazah ganti ke kt mrsm tu, nadia boleh apply haha

    ReplyDelete
  2. hahahahaha. sesat la bdk2 kak bel oiiii

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance