Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 18 June 2013

Warkah dari Irza Zulaikha

Untuk bahuku;
Kau tempat bersandar

Kau yang pegang
Kau tempat omelan
Kau yang tarik
Kau yang genggam
Kau yang selalu pesan
"Pandai-pandailah nak hidup"
Tanpa kau
Macam mana aku nak hidup?

Nadiah saya:
Terima kasih untuk semua

Untuk 4 tahun membesar sama
Bila semua jauh
Kau tetap ada
Bila kaki melecet berdiri
Bila tudung serabut
Bila suara serak menyanyi
Kau tetap di sisi
Kau jaga diri, jaga solat
Mana lagi aku nak dapat bahu macam ni
Tulang je
Tapi selesa
Aku sayang kau!
Punya jodoh kita jumpa ya sayang!

Salam,peluk, cium: IRZA ZULAIKHA 

*tears* Surat ni aku salin balik, in case aku terkoyak, terbakar or terhilangkan. Ter bermaksud tak sengaja. Sungguh selagi daya aku akan simpan surat ni. Kalau boleh aku nak frame-kan, tunggu la ada rumah sendiri haha.

Surat ni aku dapat hari last aku jumpa dia kat UUM. Kami berpelukan, lama, susah nak lepas. Kami kiss pipi yang basah dengan air mata.Bukan dengan dia je aku teresak, dengan yang lain jugak. Dah set dalam mind, don't cry Nadia, don't. Tapi once dorang dalam pelukan, air mata jatuh macam air terjun Niagra.

Perpisahan menyakitkan. Aku manusia yang jarang nangis, but once I did, means I can't bear the pain. Gila kau, mereka nafas aku kat UUM, tanpa dorang aku boleh mereng duduk dalam hutan tu.

Lepas ni susah nak jumpa, I noticed that. Aku Perak, Wawa KL, Cha Seremban, Dira Melaka, Maria Johor. Nice, right? Satu negeri satu wakil hehe.Aku dengan kawan2 MRSM yang duduk satu negeri pun susah gila nak jumpa! *sigh*

Kalau jumpa pun, takkan sama dengan zaman belajar. Takpelah, inilah hidup. Yang datang akan pergi, setiap hello ada goodbye, assalamualaikum wajib dijawab waalaikumsalam.

Kita berpisah jasad je; bukan jiwa, bukan kenangan, bukan doa. Jaga diri, jaga keluarga, jaga agama.

Yang merindui;
Nadia.

2 comments:

  1. memang akan rasa macam tu bila berpisah dengan kawan2 yg dah lama dengan kita..susah senang bersama..nanti insyaallah akan jumpa semula..tp masa tu masing2 dah beranak pinak..huhuhu

    ReplyDelete
  2. tu la kannn. inshaAllah wpun jauh iktn xkan putus :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance