Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 2 June 2013

Sweet Escape; Langkawi

Kelmarin aku dengan family pergi Langkawi. Gila kentang lusa nak exam, aku tanpa bersalah pergi bercuti kah kah kah. Mak ayah redha je dapat anak macam aku. Riak pulak tu time bercuti langsung satu note aku tak bukak, bawa buat syarat je. Macam mana pergi, macam tu la balik haha

Kitorang stay kat Hotel Bayview, dekat pekan je. Walk-able ke Ismail Group, Saga, and bersepah2 kedai dekat situ. Dari jual chocolate ke beg, periuk belanga semua ada (mak2 suka la). Depan hotel malam2 ada pasar malam and macam uptown. Hotel dia dari 5 bintang, aku bagi 4. Semua lengkap, dalam tiap bilik ada wifi, ada swimming pool. Tak boleh bagi 5 star, nanti mereka angkuh haha. Petang semalam aku terjun kolam dengan Hafiz, haaa best gila, rasa macam dolphin (padahal tak reti berenang pung haha)

Malam 1st kitorang makan dekat Bamboo Beach Restaurant. Recommended sangat. View and landskap kedai superb, makanan double superb. Kitorang makan tomyam, ikan talipia masak merah, sotong goreng tepung, ketam masak black pepper, sayur, tauhu telur, telur dadar. Memang tak pandang kiri kanan da. Laparnya teringat hehe


Hari Jumaat pergi naik cable car. 1st time dalam hidup, da umur 23 baru merasa. Adik aku umur 15 da 2x naik. Pfttt budak2 zaman sekarang haha. Orang queue, perghhh boleh habis tengok cerita hindustan tak tentu sampai turn lagi, cuti sekolah kan. Tapi worth it sangat. Awesome gila experienced naik benda tu. Teruja, gelabah, kecut perut semua ada. Cerun nak mampus, rasa macam mustahil boleh sampai. Alhamdulillah selamat naik and turun, kalau tak, takde entri ni hehe. Angin atas tu mak ai, feeling2 da berjaya menawan gunung everest perasaannya :D Owh normal price for adult RM30, aku dapat RM15 sebab aku abnormal bahaha. Tak la, dapat special diskaun guna kad apa entah hehe. Tapi tak salah aku student ada special price, orang tua pun ada. Siapa yang mengandung da nak terberanak, tak payah la naik, buat terberanak dalam cable car je. Siapa yang ada sakit jantung pun tak digalakkan naik.



Bila sampai atas tu benda yang kau automatik ucap bila tengok view die hanyalah Subhanallah

Aku tak suka sangat Langkawi, leceh nak naik ferry bagai. Macam pergi Pangkor takpe lagi, takde barang nak beli. Pergi Langkawi ni, hai la, pergi 5 beg, balik dia beranak siap bercucu. Beli coklat pun makan 3 4 plastik besar. Tu belum kira talam sudip senduk. Sabar je la dengan mak2 ni. Nanti aku jadi mak, aku pun macam tu agaknya haha.

Overall, it was my guilty pleasure to enjoy my short vacation with family eventhough I almost forgot that I have my very final exam the day after tomorrow. Ayark! Pray for me! Bye ----> Pura2 pergi study

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance