Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 19 June 2013

KITA by Izzati Maria

Kita, yang bersua di orientasi cerita bermula
Kita, sehari orientasi dah tak pergi solat Subuh buat gila-gila
Kita, bersila dekat Bank Islam tunggu duit PT masuk macam Bank tu bapak kita yang punya
Kita, setiap hari sewa kereta pergi joli sini sana
Kita, sanggup duduk setinggan masa Ecom asalkan kita bersama
Kita, main picture-nary kat Kachi tak kira jalannya masa
Kita, main futsal perempuan lelaki sampai kena jerit dengan Pengetua
Kita, kalau celebrate birthday kek mesti nak Secret Recipe paling Grand punya
Kita, sumpah sedih bila Freeyn, Mag, Apan, Asip, Afiq tinggalkan kita
Lepas tu kita, mula survive berlima
Eh sebelum tu ada Dila dengan kita

Bilik SME jadi port terindah kita
Situ lah ketawa, gurau senda, suara dan airmata
Kita, assignment semua memang copy paste punya
Tapi kita pernah dapat markah paling tinggi untuk group assignment kita
Kita, pernah buat gila pergi tengok wayang sebelum pagi exam menjelma
Kita, sem 1 sampai sem 8 tempat duduk paling belakang dalam kelas kita yang punya
Bila duduk depan rasa macam dunia akan kiamat esok harinya
Kita, siasat gila-gila untuk selamatkan kawan kita
Ingat lagi masa tu macam nak pukul je orang yang tipu kawan kita
Kita, kalau jumpa makanan tak ingat dunia
Kita, sanggup marathon movie walaupun duit tinggal cukup cukup beli Maggie semata
Kita, bila sorang tukar smartphone, semua pun tukar juga

Kita, masak steamboat macam kita ada jin tumpang dalam perut kita
Sampai lidah ter melecur melecur pelahap punya cerita
Kita, suara Subhanallah kuat macam Amplifier
Tapi kita, pergi mampus la orang nak kata apa
Kita,  lain cara lain wataknya
Tapi kita, umpama tebing dan aurnya
Tak lengkap bila takde salah sorang daripada lima

Kita naik bas pergi Ipoh macam bas company kita
Bila kita tidur bas senyap gila bila kita bangun amboi riuhnya
Kita, tak kisah duduk bersila dalam Kelisa asalkan kita berlima
Kita, selepas 4 tahun akhirnya berjaya realisasikan plan nak masuk gua
Kita, nampak kilang simen bayangkan macam tu Disneyland sebab eksaited semata

Kita, banyak gila cakap sampai nak diam seminit pun tak berjaya
Cakaplah pasal apa apa, daripada artis, politilk, akhirat, dunia, dan manusia
Asalkan dapat cakap antara berlima
Sebab kita sebenarnya sama walaupun kita tak serupa

Kita semua ada Sharpie atau Magic Pen yang sama
Sebab kita memang suka pun warna warna

Kita daripada 4 tahun da tinggal sisa
Tapi percayalah apa yang ada takkan pernah dilupa
Irza, Nadia, Wawa & Dira awak semua macam adik saya
Maaf kalau pernah punya kasar bahasa
Kalau ada gurau yang terlebih suara
Kalau ada terkecil hati tak sengaja
Sebab kita semua manusia biasa
Tak lari daripada silap dan khilafnya

Terima kasih sayaaaang untuk semua
Nak cakap memang tak cukup sampai bila bila
Walaupaun jarak bakal memisahkan kita, tapi awak saya sayaaaaang sampai hari tua
Lepas ni mesti susah gila nak jumpa
Seorang kat Selatan seorang lagi dekat Utara
Tapi janji jangan ter lost contact antara kita
Bonding yang ada kita jaga sama sama
Sekarang ni pun saya dan mula rindukan awak semua

Berakhir sudah 4 tahun kita
Semoga kita teguh dengan cita cita di luar sana

Ingatlah Izzati Maria sebagai satu nama
Yang takkan jadi orang yang tiada bila awak perlukan dia

Sumpah aku SAYAAAANG kau sebesar dunia
Jangan pernah jauh daripada aku walaupun jarak bakal mengisi ruang antara kita
Sayang, doa aku semoga kita panjang umur supaya InshaAllah kita pasti berjumpa
Kenangan dan kita akan ada dalam hati sampai badan terpisah daripada nyawa
Itu satu janji aku yang setia

2009 ke 2013, kau lah MEMORI TERCIPTA,
Izzati Maria Othman

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance