Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 15 June 2013

Kerja Part Time #Rahsia

Banyaknya rahsia aku haha. Aku kerja part time kat UUM, parents aku tak tahu pun hihi. Taknak la bagitau, nanti apa pulak dorang cakap hee. Sem last banyak kelas malam, siang kurang kelas. Bosan weh duduk bilik tercongok pandang laptop. Da la roomate pun takde T____T Setakat cakap dengan loker, perkara biasa.

So aku decide nak cari kerja part time dengan Cha. Dari aku termenung dalam bilik berangan yang entah apa2, baik aku menjana pendapatan. Da la banyak perancangan nak bercuti dengan kawan2. Tak sedap la asyik nak mintak duit mak ayah je kan? Apa kata usaha sikit, mesti lagi manis menikmati hasilnya :)

So kami dapat kerja dekat kedai waffle hihi. Buat waffle, buat cup corn, aiskrim, aiskrim goreng. Aku da tau nak bancuh adunan waffle. Kacang jo, nanti boleh bukak bisnes dekat kampung halaman (kampung halaman tak tahan haha)

And yang paling penting, cita2 aku nak jadi cashier da terlaksana bahahaha. Syok weh main tekan2 machine tu, tap tap tap, bila bunyi kcingggggg, ha syorgaaa! haha. Suke suke suke :D

Seminggu bukan aku kerja hari2, 2 3 hari je. Ada yang sehari 6 jam, kadang2 4 jam. Kak Miza (owner) pun baik. Jenis buat kerja sama, bukan mengarah je. Alhamdulillah :) Tapi sampai sekarang aku tak tahu payment berapa, I sogan nak tanya hehe

Kadang2 penat jugak balik kerja pukul 6petang, pukul 8 malam ada kelas. Tapi okay je. Balik kelas solat semua, buat kerja sikit, terus lena. Hah puas hati lena sampai pagi. Takde la aku terkebil-kebil fikir yang bukan2 selang 2 jam. Sebab selalunya aku tak lena, terjaga setiap 2 jam. Mungkin sebab aku tidur bukak lampu walaupun pada hakikatnya aku tak suka tidur bukak lampu tapi sebab tidur sorang, terpaksa la huu. Bila da penat takde terjaga-jaga da hee.

my work station :)

Kcing Kcing $$ :D


19 March 2013.
7.00 pm

2 comments:

  1. salam,bleh tlg no contact pengedar sbun susu beras yg nadia pkai tu. tq.

    ReplyDelete
  2. alamak. sorry. da terdelete num tu. sbb da beli sendiri je.

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance