Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 28 June 2013

Fibroadenoma

Aku nak share sikit pasal Fibroadenoma especially kepada wanita2 yang berumur bawah 30 tahun. It is a kind of lump in breast, and selalunya attack wanita2 bawah 30 tahun (omg aku da bergelar wanita haha), and jarang sekali berlaku dekat lelaki. Sebab penyakit ni adalah tidak tahu.

Semalam aku nak ambil barang dekat atas, then time aku angkat tangan, tiba2 sakit. Sakit dari bawah ketiak sampai ke bawah breast kanan. Tiba2 aku rasa ada ketulan, macam guli. Aku biar dulu sebab aku ingat semua orang ada, tapi pelik kenapa belah kiri takde.

Malam semalam aku bagitau mak, aku tanya kot mak ada benda yang sama, kalau ada baru geng haha. Mak cakap mak takde, then mak rasa. Rupanya betul ada ketulan kat breast aku, bukanlah khayalan aku semata. Mak bagitau ayah. Part ni aku lemah sikit. Ayah ni kalau anak dia kene gigit nyamuk pun dia risau macam anak dia kena gigit rimau. Lepas dia tau mula la dia tak senang duduk, muka runsing, dinner taknak, kalau boleh malam semalam jugak dia nak bawa aku pergi hospital haha -_-''

Kalau bab sakit anak2, mak tenang sikit, ayah gelabah, yela kalau dua2 gelabah haru weh haha Aku macam mak, ambil tak berat bab2 ni -_-''. Dia ajak pergi hospital lepas Subuh, mak bangkang, mak nak sidai baju dulu, mak kena marah sebab sibuk nak sidai baju dulu haha. Sabarlah je la ayah ni. Aku tak rasa sakit pun

So pagi tadi pergi KPJ Taiping. Awal tak awal, aku patient ke-3 Doctor Lim, General Surgeon. Malu jugak nak cek dengan doctor lelaki, tapi memang da biasa dengan Doctor tu. Ni sikit perbualan aku dengan Doctor Lim sebelum dia cek aku.

Ya Nurul, (aku selalu rasa aku ayu bila orang panggil aku Nurul kah kah kah) 12 tahun lepas awak ada jumpa saya sebab sakit perut, sekarang da habis belajar pun saya percaya, apa masalah kali ni?
Saya rasa ada ketulan bawah breast saya

Bila dia cakap 12 tahun yang lepas aku ada jumpa dia, how time flies :') Dulu jumpa takde breast lagi, now da ada muahahahaha. Tuanya aku now huaaaa hahaha

Then dia cek. Doctor pakar kan, dia tekan2 je da tau apa benda dalam breast aku.

So dia cakap it is fibroadenoma. Sejenis ketulan dalam breast yang boleh bergerak-gerak, kan aku cakap macam guli, tapi takde la dia buat rotation pulak, just kalau bahasa sukan namanya lari setempat haha. Tak bahaya, Alhamdulillah. And tak sakit, unless kau tekan.

Probability nak jadi breast cancer adalah sangat tipis. Dr. Lim berani bagi jaminan yang benda tu takkan merebak sampai cancer (leganya dengar). 

Ada 3 option:
1. Biar je berhabitat dalam tu, but kena cek, if membesar kena buang
2. Operate then dia akan uji dekat lab ketulan tu untuk analysis and report
3. Cucuk untuk tarik sikit ketulan tu, untuk uji dekat lab if nak 100% sure yang it is not a kind of cancer

Cucuk adalah paling aku taknak. Sakit la woiiiiiiii! Haha. Tapi aku percaya cakap dokotor yang benda ni tak bahaya langsung. So tengok dulu macam mana, kalau aku nak operate pun lepas raya ni, aku malas kacau time praktikal. Kalau dia tak membesar, biar je lah dalam tu, tak effect apa pun, apa salahnya dia nak menumpang kasih -_-''

Penyakit ni takde ubat untuk dimakan. And disebabkan aku bawah 30, Dr. Lim memang taknak buat ultrasound or mammogram dekat aku.

Lepas da jumpa Doctor, ayah masih runsing sikit2, mak tenangkan ayah, then baru dia lega nak makan semua, then now dia tidur. Aku percaya semalam dia tidur tak lena sebab aku asyik dengar dia keluar bilik je. Tadi ayah tanya doctor, kalau operate, lepas tu berapa lama dapat result. Doctor cakap dalam 5 hari. Then dia tanya harga untuk dapat result dalam masa less than 2 days. -_-''

Kalau benda2 melibatkan lab, memang ayah sanggup bayar untuk dapat result cepat. Macam mak bila operation rahim, macam Nadzirah bila ambil darah untuk cek Thyroid.

Aku tahu ayah sangat sayang and concern kat kitorang. And sebab tu kadang2 aku sakit, aku malas bagitau dia, dia punya risau tu buat aku runsing haha. Tak suka tengok ayah risau.

Ini ujian untuk aku, kecik2 je Allah bagi. Gastrik, ketumbuhan dalam hidung, dulu apendiks, ni fibroadenoma pulak. Kalau nak dibandingkan yang kena cancer darah la, cancer hati la (nauzubillah), tu lagi besar ujian dorang.

Kita hargai waktu sihat bila kita sakit :) So prevention is better than cure, right? Jaga lah kesihatan diri elok2. Badan ni amanah, jangan ambil mudah je (terasa). Jaga makan (terasa lagi). Bila kita da usaha terbaik, dah doa, yang selebihnya tawakal je la :)

8 comments:

  1. Assalammualaikum..berapa ye kene caj utk pemeriksaan kt KPJ Taiping tu..sy ada simptom yg sama..nk tgu gov appoiment sgt lambat..rasa nak pergi KPJ juga..tolong ye respon..Thanks :)

    ReplyDelete
  2. utk cek je i promise u it is below than rm100. tak ingat sangat. rm50-70. for operation below 1k. around rm500-700.
    hope it helps :)

    ReplyDelete
  3. Okay thanks ye..so mcm mana u skrg..operation tak ye..or u decide mcm mana..i ada 2 ketulan

    ReplyDelete
  4. i blm buat, but will do inshaAllah. better u pergi cek cpt utk tahu lump tu jenis apa. ada byk jenis. mcm i fibrod, ada yg sebab kelenjar susu (wpun blm kawen).
    inshAllah takde pape tu :) I pun doc da yakinkan it cant be cancer. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Jumaat 20/9 i check@KPJ Selangor..Doc yg sangat baik..Doc check ketulan..kene ultrasound utk pastikan ketulan air atau daging..kemudian ultrasound..tapi...disebabkan hasil scan menunjukkan ketulan daging..kene ambil sampel tisu untuk pastikan ketulan apa..sakitnya kene cucuk pd dua2 ketulan..sampai hari ni sakitnya..huhu..Selasa ni keluar result..apa pun saya terima dgn tenang n Redha :)



    Bismillahirrahmanirrahim...

    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu.” {Al-Baqarah:216}

    “Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
    {An-Nisa:19}

    ReplyDelete
  6. inshaAllah nothing serius. i pray for u :)

    ReplyDelete
  7. hi, sy pun ade fibroidenoma ni. dah buat ultrasound dah setahun simpan. tp bende ni mmg menggangu mental sbb terpk2 ape la bende ni. insyaallah next week buat operation. harap2 semua selamat.

    ReplyDelete
  8. InshaAllah semuanya akan selamat. Keep praying :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance