Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 30 June 2013

Doa selamat

Semalam family side ayah buat kenduri sikit. Kenduri nak sambut Ramadhan, kenduri untuk arwah Tok & Pah, and doa syukur aku da tinggalkan UUM for good ;) Tak jemput orang luar pun, kitorang2 je. Kitorang je pun da penuh 2 khemah.

Siblings ayah 12 orang, semua balik. Cucu2, cicit2 pun ada. Memang gamat la. Macam2 menu ada; mee sup, bihun sup, bubur jagung, pulut dengan rendang ayam, kuih muih. Memang terbaik

Petang tu kitorang pergi sungai belakang rumah. Aku rasa ada 10 tahun aku tak jejak kaki belakang rumah aku ni. Rumah aku atas bukit sikit, nak pergi sungai kena turun bukit. Dulu belakang rumah aku ada laluan keretapi, tapi sekarang dorang da pindahkan, so tinggal batu2 je la, rel pun da takde. Selamat sikit nak pergi sungai lalu situ, kalau tak asyik takut2 kalau ada keretapi lalu haha

Air tak dalam, kalau aku bersila baru sampai dada aku haha. Tapi budak2 ni suka laaa, macam tak pernah jumpa sungai. Makcik2 aku dalam rancangan nak bina rumah dekat tepi sungai tu. Kemain meriah la nanti kalau jadi. Sekarang yang duduk dekat2 rumah aku, Mak Ida dengan Wan Cik. Yang nak buat rumah dekat belakang ni Maksu, Mak Nyah dengan Pak Ched. Kemain adik beradik ayah, assabiyah sangat nak habiskan hari2 tua bersama, bercucuk tanam. Siap berangan nak buat dusun dengan bela kambing. Dream on baby, dream on! haha


ni gambar last week actually, gambar semalam aku tak dapat upload. Ni semua cousins aku. Aku cucu ke-7. Aku tak tau nak berapa cucu pah and tok. 30++ rasanya. So memang ramai la yang cinonet2 lagi. 3 cicit. Memang pening nak control dorang -_-''

So far, Alhamdulillah, adik beradik ayah memang rapat antara satu sama lain, tak pernah bermasam muka,  tak pernah bergaduh berebut tanah, semua jenis tak kisah sebab masing2 pun fikir yang buat apa nak bergaduh over the small land, padahal themselves can afford more than that. Baiklah jaga silaturahim, pah dengan tok dekat 'sana' pun mesti bahagia tengok anak2 tetap berkumpul sebulan sekali walaupun dorang da lama takde :') Hope hubungan macam ni akan continue even ke next next generations. Aameen

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance